ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Disember 2022.

1. [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan PM ke-10

Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal berdepan dengan pelbagai cabaran.

2. Saifuddin nasihat MB Pahang jangan putar belit cerita

Datuk Seri Saifuddin Abdullah menasihati Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk tidak memutar belit cerita berhubung pembentukan kerajaan negeri Pahang dengan memburukkan imej parti itu.

3. Amaran hujan berterusan di kebanyakan negeri di Semenanjung sehingga esok

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga esok.

4. Agong kurnia watikah pelantikan 11 perwakilan ke luar negara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 11 perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara.

5. JPS jangka beberapa kawasan di Pasir Mas banjir esok

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangka beberapa kawasan di Daerah Pasir Mas Kelantan akan dilanda banjir esok (Sabtu, 3 Nov), sekiranya Lembangan Sungai Golok terus menerima hujan yang signifikan.

6. Pembentukan Kabinet: Majlis angkat sumpah Senator dijadual 8.30 pagi Sabtu

Majlis Angkat Sumpah berkenaan hanya akan diadakan sebaik pengesahan sekiranya terdapat senator yang dilantik sebagai menteri Kabinet selepas pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

7. Kabinet Kerajaan Perpaduan: Zahid, Fadillah dilantik Timbalan Perdana Menteri

Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi antara tumpuan utama sejak beberapa hari lepas diisi Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.

8. MCA, MIC tiada dalam Kabinet

Tiada wakil daripada parti MCA dan MIC dalam kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

9. Khairy harap Dr Zaliha berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berharap Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih kakitangannya.

10. Jemaah Menteri perlu elak pembaziran, fokus inisiatif ringankan beban rakyat - Anwar

Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan perlu mengelakkan pembaziran serta fokus dalam melaksanakan inisiatif yang boleh meringankan beban rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.