ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 31 Oktober 2020. 

1) COVID-19: Kluster Rumah Merah di Sabah catat peningkatan drastik

Kes di Kluster Rumah Merah di Sabah mencatatkan peningkatan mendadak dengan 111 kes baharu positif COVID-19 pada Sabtu.

2) COVID-19: Sabah masih catat jumlah tertinggi kes positif, ini 5 perkara penting sidang media KKM

Sabah mencatatkan sebanyak 529 kes (80.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 70 kes (10.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes baharu pada 31 Oktober.

3) 71 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM50,000

71 peratus daripada ahli aktif dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.

4) SPR akan keluarkan SOP baharu pilihan raya dalam masa terdekat - Pengerusi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menampilkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berkaitan pilihan raya dalam masa terdekat selaras dengan peningkatan kes COVID-19 dalam negara sejak kebelakangan ini.

5) PRK Batu Sapi, PRN Sarawak boleh ditangguh hanya jika isytihar darurat - PM

Proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak boleh ditangguh jika darurat diisyitiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

6) Belanjawan 2021: Ketepikan perbezaan politik demi rakyat - Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengumumkan inisiatif-inisiatif tertentu dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang dijadualkan 6 November ini.

7) Belanjawan 2021: Sediakan 'perisai ekonomi' RM31.4 bln bagi selamatkan negara - Guan Eng

Kerajaan perlu memperuntukkan RM31.4 bilion sebagai ‘perisai ekonomi COVID-19’, daripada keseluruhan dana bagi Belanjawan 2021, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

8) 25 usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri tersenarai dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat

Sebanyak 25 usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disenaraikan dalam sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14, yang akan bermula 2 November hingga 15 Disember, 2020.

9) Amaran cuaca peringkat waspada di Sabah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah, sehingga Isnin (2 Nov).

10) COVID-19: 1,000 kes sembuh, paling tinggi setakat ini

Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara.