TAWAU:Isu dibangkitkan penduduk Taman Semarak berhubung bekalan keperluan selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dianggap selesai.
Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau, Joseph Pang berkata bantuan bakul makanan kerajaan negeri diagihkan kepada penduduk sejak Jumaat selain dibenarkan berbelanja di kedai berdekatan taman.
"Kami membenarkan penduduk berbelanja di kedai berdekatan, bakul makanan dari kerajaan negeri turut diedarkan.
"Pengagihan diteruskan sehingga hari ini," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini deretan kedai berhampiran Taman Semarak tidak berada dalam lokaliti PKPD.
Penduduk taman itu yang juga seorang pesara kerajaan, Dg Sarbanun Abd Latif, 63, bersyukur kerana masalah dihadapi rakyat yang memerlukan bekalan makanan serta keperluan lain berjaya diselesaikan dengan segera.
"Ramai penduduk di Taman Semarak mengalami masalah kehabisan bekalan makanan selepas memasuki hari keempat dikenakan PKPD di kawasan ini dan keputusan PKOB membenarkan penduduk berbelanja di kedai berhampiran memberi kelegaan kepada kami," katanya.
Seorang suri rumah, Sarimah Trang, 57, menyifatkan tindakan pantas menyelesaikan masalah rakyat itu sebagai keprihatinan pihak berkuasa tempatan mahupun kerajaan negeri.
"Permasalahan sebelum ini selesai dan kami mendapat kerjasama baik dari pihak berkuasa dan kami juga menerima bantuan bakul makanan semalam," katanya.
Seorang bekas pegawai bank Ahmad Dullah, 52, berkata terdapat penduduk Taman Semarak yang tidak sempat membuat persediaan bekalan makanan serta keperluan lain selepas pengumuman dibuat mengenai PKPD di taman itu dilaksanakan pada 26 Okt sehingga 8 Nov ini.
"Hal ini kerana ada penduduk yang belum menerima gaji dan ada yang bergaji hari dan ini menimbulkan kesukaran untuk menyediakan barang keperluan rumah dan bantuan bakul makanan dari kerajaan negeri sangat penting, syukur bantuan diagihkan ketika ini," katanya.
Pada Khamis lepas, penduduk Taman Semarak membuat bantahan aman merayu pihak berkuasa memberi kelonggaran berkaitan SOP PKPD yang dilaksanakan pada 26 Okt hingga 8 Nov di kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 31 2020
Petugas sukarelawan mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk Taman Semarak yang terjejas akibat PKPD. -Bernama
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
Kronologi kejadian helikopter terhempas di Malaysia
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM, merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Isu bantahan selesai, agihan bakul makanan di Taman Semarak
Bantuan bakul makanan kerajaan negeri diagihkan kepada penduduk sejak Jumaat selain dibenarkan berbelanja di kedai berdekatan taman.