MELAKA:Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Taman Malim Jaya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata mayat Lai Hee Miow ditemukan di bahagian hadapan tempat duduk penumpang kereta Proton Iswara dalam kebakaran kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
Beliau berkata kereta yang didaftarkan atas nama anak mangsa diparkir di tepi selekoh di taman itu, dalam jarak selang sebuah rumah dari rumah mangsa.
"Sebelum kejadian, anak perempuan mangsa pulang ke rumah dan melihat mangsa berada di bahagian hadapan tempat duduk penumpang dalam keadaan gembira kira-kira pukul 1.45 tengah hari tadi.
Namun 45 minit kemudian, ahli keluarga mangsa yang berada di dalam rumah mendengar suara jiran taman menjerit menyatakan kebakaran berlaku sebelum mereka bertindak keluar dari rumah dan mendapati jiran sedang memadam kereta yang terbakar itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.
Mengulas lanjut, Afzanizar berkata tiada saksi melihat punca kebakaran berlaku dan insiden disedari jiran mangsa ketika api sedang marak dari dalam kereta sebelum cuba memadamkannya.
Beliau berkata menurut ahli keluarga mangsa yang berusia 65 tahun itu hanya duduk di rumah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lepas.
Katanya mangsa sebelum itu pernah mendapat rawatan mental di Hospital Pantai sejak 2017 hingga sekarang dan kali terakhir lelaki itu sepatutnya mendapat pemeriksaan mental pada Jun tetapi enggan berbuat demikian serta tidak mengambil ubat yang diberikan doktor.
"Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan hasil siasatan awal dapati tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat ke atas kebakaran yang berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 31 2020
Afzanizar berkata tiada saksi melihat punca kebakaran berlaku dan insiden disedari jiran mangsa ketika api sedang marak dari dalam kereta sebelum cuba memadamkannya. - Gambar fail
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Warga emas pandu lawan arus tampil serah diri
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, warga emas berusia 71 tahun itu datang ditemani waris.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
'Saya dah biasa raya seorang'
Sejak kematian ibunya lebih 10 tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan buat seorang lelaki warga emas di Kampung Sekolah, Lenggeng di sini untuk menyambut Aidilfitri seorang diri.
Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai
Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi semalam, masih belum dijumpai.
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.