Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menjelaskan bahawa berita mengenai pemilihan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penerima Anugerah 'Lead by Example' telah ditulis berdasarkan kenyataan Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad.
Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata Alias, yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, dalam kenyataannya menyatakan anugerah itu adalah daripada UNESCO dan akan disampaikan pada 22 Sept ini.
Zakaria mengulas portal berita Malaysiakini yang melaporkan Bernama mendakwa anugerah itu adalah daripada UNESCO.
"Bernama hanya melaporkan kenyataan itu yang menyatakan bahawa anugerah berkenaan adalah daripada UNESCO,"katanya.
Penyampaian anugerah itu dijadual diadakan pada majlis 'A Tribute to Heroes in the Global Campaign Against Violent Exremism' di Metropolitan Museum of Arts, New York. -- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2016
Penyampaian anugerah itu dijadual diadakan pada majlis 'A Tribute to Heroes in the Global Campaign Against Violent Exremism' di Metropolitan Museum of Arts, New York. - Gambar hiasan
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
Program Permata dijenama semula, kini digelar 'Genius' -Maszlee
Program Permata Negara (Permata) akan dijenamakan semula dengan menggunakan nama Genius bagi menjadikan program berkenaan lebih berdaya saing.
Misi awal Wan Azizah sebagai TPM
Apa yang menjadi intipati utama dalam sidang media pertama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Rosmah tegaskan tidak akan letak jawatan sebagai penaung Permata
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai penaung program Permata walaupun ada desakan daripada parti pembangkang.
Permata tidak boleh dipisahkan daripada JPM - Rizal
Permata tidak boleh dipisahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kebanyakan programnya dicipta untuk mengisi jurang percanggahan antara beberapa undang-undang termasuk Akta Pendidikan.
Taska Permata Puspanita perlu diperluas di peringkat daerah - Rosmah
Penubuhan Taska Permata Puspanita perlu diperluaskan di seluruh cawangan kecil termasuk di setiap daerah, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Kedutaan Besar Malaysia di Turki sahkan Rosmah hadiri Anugerah 3G
Kedutaan Besar Malaysia di Turki sahkan Rosmah memenuhi jemputan oleh Cambridge IF Analytica sempena Global Good Governance (3G) Awards 2016.
Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G bakar semangat Permata gerak lebih maju
Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G menjadi pembakar semangat kepada semua agensi dan individu yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Permata beri sinar kebahagiaan
Aktiviti amal untuk membantu mereka yang memerlukan perlu dilakukan secara berterusan agar nasib golongan berkenaan terus terbela.
Kerajaan Kedah perlu beri penjelasan kerugian GLC
Kerajaan Kedah perlu memberi penjelasan mengenai kerugian dialami syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri seperti dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara