Polis Kuala Lumpur akan menutup tujuh jalan di kawasan sekitar Dataran Merdeka berikutan perhimpunan Bersih 5 bermula 7 pagi Sabtu ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada memasuki laluan ke Dataran Merdeka kerana dikhuatiri berlaku kesesakan lalu lintas.

Kawasan-kawasan ini akan ditutup sehingga perhimpunan selesai:

1. Kawasan sekitar Dataran Maybank, Bangsar
2. Kawasan sekitar Jalan Brickfields
3. Kawasan sekitar Masjid Negara dan Muzium Negara
4. Kawasan sekitar Sogo dan Dataran Merdeka
5. Kawasan sekitar Jalan Parlimen dan Bank Negara
6. Kawasan sekitar Pudu Sentral dan Central Market
7. Kawasan sekitar PWTC dan Chow Kit

Sementara itu, polis akan membuka 58 lencongan bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang penutupan jalan-jalan terbabit.

Tujuh kawasan sekitar Dataran Merdeka yang akan ditutup esok.