Tidak ada sesiapa yang seharusnya mengenakan satu sistem nilai tunggal terhadap dunia, sebaliknya orang itu perlu berusaha untuk memahami nilai-nilai kehidupan dan perbezaan kebudayaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Sabtu.
Berucap dalam sidang kemuncak meja bulat di hari terakhir Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa di Tasik Yangi hari ini beliau berkata, toleransi terhadap nilai dan perbezaan kebudayaan perlu ada, kerana tanpanya ia boleh membawa keburukan.
"Kita juga perlu bertoleransi terhadap nilai dan kebudayaan yang berbeza, kita tidak seharusnya mengenakan satu sistem nilai tunggal terhadap dunia kerana banyak negara yang belum bersedia untuknya.
"Perlu ada usaha untuk menjelaskan perbezaan nilai dan budaya. Negara-negara Asia perlu dibenarkan memelihara nilai-nilainya kerana ia akan mewujudkan persefahaman yang lebih baik. Apabila ada nilai-nilai tertentu dikenakan, ia hanya akan merosakkan, dan cenderung kepada keganasan," kata Perdana Menteri.
Sidang Kemuncak meja bulat yang dihadiri 37 pemimpin dunia di kawasan tasik indah, kira-kira 60km utara ibukota Beijing itu dirasmikan oleh President Xi Jinping.
Presiden Xi dalam ucapan perasmiannya antara lain menggesa pelaksanaan projek-projek Jalur dan laluan yang berorientasikan keputusan, untuk dikongsi manfaat bersama dengan negara-negara yang terlibat.
Dr Mahathir dalam ucapannya semasa sidang kemuncak meja bulat itu juga berkata initiatif Jalur dan Laluan itu bukan sahaja akan memupuk pembangunan di kalangan negara-negara yang mengambil bahagian, tetapi juga mewujudkan persefahaman.
"Hanya menerusi persefahaman sahaja kita boleh menuai manfaat dunia yang saling berhubungan," katanya dan menambah bahawa Malaysia secara langsung terbabit dangan dasar-dasar infrastruktur, yang pertama kali dicetuskan oleh Presiden Xi kira-kira enam tahun lepas.
Menurutnya Malaysia percaya initiatif Jalur dan Laluan itu akan menyumbang kepada keamanan dunia, dan merapatkan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin.
Jalur dan Laluan adalah initiatif bagi mewujudkan rangkaian jaringan perdagangan antara Timur dan Barat menerusi pembangunan lapangan terbang, pelabuhan, laluan keretapi, laluan paip dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2019
Negara-negara Asia perlu dibenarkan memelihara nilai-nilainya, kata Tun Mahathir. - Gambar fail / Astro AWANI / Shahir Omar
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus untuk saham global pada tahun depan.
Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026
Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Malaysia antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik
Rakyat Malaysia secara purata meminum 107 cawan kopi pada tahun 2021 berbanding hanya 52 cawan pada empat tahun sebelumnya.
Keberkesanan servis boleh jadi kunci rampas emas Thailand
Senjata yang diperlukan skuad negara untuk mengatasi Thailand adalah menerusi servis konsisten yang menghasilkan mata atau sekurang-kurangnya menyukarkan pemain lawan.