Acara larian tahunan, BHPetrol Orange Run 2019 yang sepatutnya diadakan pada Ahad ini ditunda ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan.

BHPetrol dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu berikutan masalah jerebu semakin serius melanda negara.

Melihat kepada situasi semasa jerebu ketika ini, langkah dilakukan BHPetrol adalah dalam usaha melindungi kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Justeru, satu tarikh baharu akan diumum tidak lama lagi.