Rakyat Selangor seharusnya segera menolak perbuatan biadab Datuk Zaid Ibrahim yang menafikan peranan Raja-Raja Melayu dalam titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, kenyataan balas Ahli DAP itu juga seharusnya tidak boleh diberi muka dan boleh menjadi semakin biadab jika dibiarkan begitu sahaja.
"Sultan ini payung kita. Sultan yang memerintah akan kekal sebagai ketua negeri. Jadi bila ada orang yang cuba mencuit kita, kita tidak boleh beri muka sebab apabila kita bagi lagi nanti dia akan buat lagi.
"Ini langkah awal untuk kita amik tindakan tegas sebab kalau dibiarkan dia boleh jadi gengster," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
BACA: Zaid Ibrahim biadap pertikai titah Sultan Selangor - Budiman
Sebelum ini, Sultan Selangor bertitah mengenai kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi dan demi menarik undi.
Baginda juga bertitah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai "rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam" yang boleh "membakar seluruh negara".
Namun, titah Sultan Selangor itu mengundang rasa kurang senang pemimpin pembangkang seperti Zaid Ibrahim, yang menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.
BACA: Saya masuk UMNO? Ini jawapan bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim
Dalam pada itu kata Noh, tindakan yang dilakukannya itu bukan berasaskan politik namun demi perpaduan rakyat Selangor sendiri.
Dalam perkembangan berasingan, Noh menjelaskan, kerjasama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kekecewaannya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Tegasnya, perbincangan sudah dilakukan secara peribadi dan ia menguatkan Barisan Nasional Selangor secara keseluruhannya.
"Keempat-empat menteri besar telah jumpa saya secara peribadi dan bincang rasa kecewa dengan kerajaan Selangor sekarang.
"Bukan sahaja bekas menteri besar dari BN tetapi Khalib Ibrahim yang dilihat berjaya lemahkan BN," ujarnya.
Kehadiran Khalid pada Konvensyen UMNO Selangor baru-baru ini dikatakan persediaan untuk bekerjasama dengan BN serta melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor.
Wan Syamsul Amly, Khairunnisa Kasnoon
Wed Dec 06 2017
NOH: Kita tidak boleh beri muka kepada Zaid sebab apabila kita bagi lagi nanti dia akan buat lagi. - Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).