Tutup

Boleh toreh getah waktu tengkujuh - LGM

Boleh toreh getah waktu tengkujuh - LGM
Alat pelindung hujan berbentuk awning boleh digunakan bagi melindungi alur torehan dari dibasahi hujan - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Pekebun kecil disaran menggunakan teknik torehan lewat, torehan ganti dan alat pelindung hujan untuk meningkatkan jumlah hari mereka boleh menoreh pada waktu musim tengkujuh, kata Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Dr Zairossani Mohd Nor.

“Kita sudah melakukan banyak kajian di mana apabila rain guard atau alat pelindung hujan digunakan, ia mampu meningkatkan jumlah hari torehan.

“Jika sebulan mereka menoreh 10 hari, namun pada waktu hujan mereka hanya mampu menoreh 3 hari.

“Sebaliknya, jika mereka menggunakan teknologi rain guard, jumlah hari mampu ditingkatkan kepada 8 hari,” katanya.


Bagaimanapun, Zairossani berkata hanya sekitar 5 hingga 10 peratus pekebun kecil Malaysia menggunakan alat pelindung hujan.
“Faktornya adalah kerana kos yang tinggi, satu batang pokok mereka perlu belanjakan sekitar RM1.20, bagi pekebun kecil yang mempunyai pendapatan rendah, angka itu adalah mahal.

“Justeru kita boleh cadangkan kepada kerajaan untuk mengambil sebahagian peruntukan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi membantuk pekebun kecil membeli alat pelindung hujan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Alat pelindung hujan berbentuk awning boleh digunakan bagi melindungi alur torehan dari dibasahi hujan, manakala torehan lewat adalah menoreh di luar masa kebiasaannya, manakala torehan ganti pula merujuk kepada hari torehan yang diubah pada hari berikutnya disebabkan hujan lebat.


Tag: Getah, Toreh getah, musim tengkujuh, IPG, Insentif Pengeluaran Getah, Rain Guard, Pekebun kecil, LPM, Lembaga Getah Malaysia, Dr Zairossani Mohd Nor, Teresa kok, lateks, sarung tangah getah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.