Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bomba bantu potong cincin tersangkut pada jari kanak-kanak perempuan

Bomba bantu potong cincin tersangkut pada jari kanak-kanak perempuan
Anggota bomba terpaksa menenangkan kanak-kanak itu terlebih dahulu sebelum dapat melakukan kerja memotong cincin berkenaan.
ALOR SETAR: Malang tidak berbau. Tindakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bermain dengan cincin emas yang dibelikan ibu untuknya beberapa tahun lalu, menyebabkan barang kemas itu tersangkut pada jarinya.

Dalam kejadian di rumahnya di Alor Setar jam 7.20 malam Khamis, ibu kanak-kanak itu kemudian cuba menanggalkan cincin yang sebenarnya sudah tidak muat dengan jari anaknya, namun gagal menyebabkan wanita itu segera menghubungi bomba.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata sebaik tiba anggotanya terpaksa menenangkan kanak-kanak itu terlebih dahulu sebelum dapat melakukan kerja memotong cincin berkenaan.

"Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan pada jari kanak-kanak berkenaan.
"Operasi dilakukan kurang dari lima minit dan akhirnya cincin itu berjaya dipotong," katanya di sini, pada Jumaat.