Seorang wanita terkejut apabila menjumpai mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Samajaya dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, seorang wanita yang bekerja sebagai pembersih bangunan di situ terkejut melihat mayat bayi tersebut yang disumbat di dalam sebuah kotak berwarna merah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dato Dev Kumar berkata seorang penuntut kolej berasal dari Belaga berusia 24 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di Samajaya tengah hari tadi.

Menurutnya, suspek merupakan pelajar diploma tahun tiga kolej berdekatan dan siasatan awal mendapati bayi berkenaan dilahirkan jam 6.30 pagi tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.