Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang merupakan anak kepada seorang pembuat sate ikan berusia 32 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu tirinya.

Hasil siasatan mendapati, mangsa didera menggunakan senjata tumpul serta disyaki tidak diberi makan selama dua hari memandangkan perut mangsa kosong dan dipenuhi darah.

Bapa dan ibu tiri kanak-kanak berkenaan kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan berkenaan ditahan di rumah mereka di Kampung Jubakar, Tumpat pada petang Ahad.

Klik video untuk mengikuti laporan Astro Awani.