Budaya membaca menerusi sumber tradisional berdepan cabaran susulan transformasi era digital serta pengaruhnya terhadap masyarakat.
Perkara itu disuarakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, sambil menegaskan, bagaimanapun perkara itu bukan penghalang untuk menghidupkan budaya membaca.
"Banyak syarikat akhbar gulung tikar akibat jualan merosot dan buku-buku tinggal mengumpul debu di perpustakaan.
"Namun, ini tidak bermakna rakyat sudah berhenti membaca. Yang berubah hanya sumber bacaan, malah akhbar dan buku juga telah diterbitkan secara digital," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Dekad Membaca Kebangsaan (DMK), anjuran Kementerian Pendidikan, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mahathir berkata, peralihan kepada era digital turut mencetuskan kebimbangan dengan penularan berita palsu.
"Sumber bacaan arus digital begitu banyak tanpa sekatan, sehingga menjadi gelanggang untuk menyebar berita palsu dan lain-lain kandungan yang merosakkan masyarakat," tambahnya.
Jelasnya, menjadi tanggungjawab pelbagai pihak untuk menghasilkan bahan bacaan berkualiti serta memenuhi keperluan negara sebagai persediaan mengharungi Revolusi Industri 4.0.
Sementara itu, mengenai DMK, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pembacaan rakyat di negara ini.
Menurut buku atur cara pelancaran DMK, melalui inisiatif itu, kerajaan akan memantapkan persekitaran asas galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif, selaras hasrat menjadikan Malaysia negara membaca dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Melalui slogan #MalaysiaMembaca, DMK memberi fokus kepada meningkatkan jumlah pembacaan, jumlah pembaca dan sasaran pembaca yang lebih menyeluruh, serta melalui penglibatan semua peringkat masyarakat.
Ia memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam menjadikan amalan membaca satu budaya, bagi membentuk masyarakat yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat.
Hilmi Malik
Thu Feb 13 2020
Dr Mahathir ketika melawat ruang pameran pada majlis pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
PM seru anak muda bangkit selamatkan negara dengan ilmu, budaya membaca
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru anak-anak muda agar bangkit menyelamatkan Malaysia dengan ilmu, kesedaran dan semangat melalui budaya membaca.
MBKM, agensi berkaitan perlu lebih giat majukan industri penerbitan buku - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini dipupuk secara berterusan.
Budaya membaca berdepan cabaran digital sehingga sumber tradisi diketepikan - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun perkara itu bukan penghalang untuk menghidupkan budaya membaca.
Pesta buku di KLCC jadi tarikan pengunjung
Ada pengunjung yang 'berehat' seketika daripada aktiviti kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri, dengan melawat pesta buku itu.
Satu untuk semua, Panggung Pantai 'port' baharu lepak berilmiah
Bertempat di Uptown Kontena, Pantai Tok Jembal Terengganu, Panggung Pantai menyediakan ruang untuk tiga bahagian iaitu Panggung Budaya, Panggung Visual dan Panggung Buku.
Memupuk budaya membaca ke arah kecemerlangan negara
Buku mempunyai peranan yang penting dalam mencipta dan seterusnya merangsang perkembangan ilmiah dan seterusnya tamadun manusia.