Budaya perkahwinan di negara ini mungkin akan berlaku perubahan terutama pada tahun ini susulan penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun, pendakwah, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman berkata, selama ini pun telah menjadi kelaziman untuk pasangan melakukan yang wajib iaitu pernikahan.
“Bila ada yang mengatakan majlis kecil-kecilan, adakah ini satu budaya baharu? Bagi saya tak ada masalah sama ada budaya baharu ataupun tidak.
“Sebab sebelum PKP (Peritah Kawalan Pergerakan) pun kita bukan jemput satu Asia sebab apa yang perlu difokus dan dipentingkan di sini adalah soal keselamatan dan nyawa.
“Lebih besar daripada isu kita nak berseronok buat majlis besar-besaran dengan pelbagai agenda pada majlis tersebut.
“Sebelum PKP pun, ada sebilangan orang yang budayanya buat akad nikah atau buat majlis kecil-kecilan kemudian setahun, dua tahun, atau apabila dah anak umur dua atau tiga tahun, anak itu pula sempat terima jemputan mak ayah 'kahwin' (majlis), baru dia buat kenduri atau majlis besar-besaran,” katanya kepada Astro AWANI.
Malah jelasnya, setiap pasangan yang bakal berkahwin mahupun ahli keluarga mereka perlu mendepani dugaan ini secara positif.
“Apabila Allah SWT kurniakan kebahagiaan kepada seseorang atau orang mukmin, maka dia bersyukur.
“Dan apabila dia bersyukur, bersyukur itu menjadikan dia positif dan baik. Tetapi apabila dia diuji dengan musibah, contohnya tangguh kahwin sebab PKP, maka dia bersabar.
“Dan itu adalah positif dan bagi dia dengan sifat sabar yang terhasil daripada beriman,” ujarnya.
Justeru beliau menasihati mereka yang bakal melangsungkan pernikahan untuk menangguhkan dahulu majlis kenduri atau keraian sebagai menepati arahan daripada pihak pemerintah sama ada dari sudut pentadbiran negara atau ulama.
“Kalau sembahyang Jumaat yang penting itu dibatalkan dan ditangguhkan, inikan pula majlis perkahwinan yang tidak sepenting sembahyang Jumaat.
“Sabar dahulu, tangguhkan dahulu majlis kenduri. Waktu akad nikah itu hanya melibatkan orang yang penting, yang melibatkan dalam rukun sahaja.
“Selepas habi PKP, kau buatlah majlis kahwin, tujuh hari tujuh malam, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kera,” katanya dalam nada berseloroh.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Apr 09 2020
Menurut PU Azman, selama ini telah menjadi kelaziman kepada sebilangan besar pasangan untuk hanya melakukan acara wajib iaitu akad nikah. - Instagram / @puazmanofficial
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.