Empat anggota polis hari ini berjaya mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh M.S Marry, balu kepada N. Dharmendran, dalam saman berhubung kematian suaminya semasa dalam tahanan polis pada 2013.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Roslan Abu Bakar membenarkan permohonan Inspektor S. Hare Krishnan, 42, Sarjan Jaffri Jaafar, 46, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 47, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 34, selaku defendan pertama hingga keempat, untuk mengetepikan penghakiman ingkar itu.
Sebelum ini Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Marry untuk memperoleh penghakiman ingkar terhadap keempat-empat anggota polis itu selepas tiada wakil peguam yang mewakili mereka hadir di mahkamah semasa kes saman itu disebut.
Peguam Baljit Singh yang mewakili empat anggota polis itu ketika ditemui pemberita selepas prosiding di dalam kamar, berkata hakim juga memerintahkan kesemua defendan untuk memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.
Peguam Melissa Sasidaran yang bertindak bagi pihak Mary mengesahkan perkara itu. Mahkamah juga menetapkan 27 Feb ini untuk pengurusan kes itu.
Pada 20 Mei 2016, Marry, 29, memfailkan saman itu dengan menamakan Ketua Polis Negara, sembilan pegawai PDRM termasuk empat anggota polis itu dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dengan mendakwa defendan-defandan dengan sengaja melakukan serangan dan serang sentuh ke atas Dharmendran semasa dalam tahanan polis sehingga menyebabkan kematiannya.
Beliau mendakwa kematian suaminya itu disebabkan keingkaran tanggungjawab statutori mengikut Seksyen 3(3) dan 20 Akta Polis 1967 oleh defendan-defendan.
Dharmendran berusia 34 tahun ketika itu. Dia ditahan atas dakwaan cuba membunuh membabitkan senjata api.
Pada 26 Feb tahun lepas, Mahkamah Rayuan memerintahkan empat anggota polis itu membela diri atas pertuduhan membunuh Dharmendran, selepas mengetepikan pembebasan mereka oleh Mahkamah Tinggi di sini.
Mereka didakwa membunuh Dharmendran, di bilik soal siasat Bahagian Jenayah Berat (D9), Tingkat 7, IPKKL di Jalan Hang Tuah antara 18 hingga 21 Mei 2013.
Bagaimanapun, pada 29 Jun 2016, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan empat lelaki itu daripada pertuduhan membunuh Dharmendran selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017
Sebelum ini Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Marry untuk memperoleh penghakiman ingkar terhadap keempat-empat anggota polis itu. - Gambar hiasan
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana berkhalwat
Seorang wanita berstatus janda didenda RM4,000 selepas disabitkan kesalahan berkhalwat kali kedua di sebuah rumah di Kemaman.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
2 rakan didakwa samun RM242,222 dengan guna pisau pemotong kertas
C. Sureshkumar, 33, dan N. Siralan, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.
Remaja 17 tahun mengaku salah rogol adik kandung
Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan merogol adik kandungnya di Gemas pada Februari lalu.
Penjual cermin mata didakwa bantu sembunyi wang lebih RM600,000
Seorang penjual cermin mata mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang lelaki lebih RM600,000, tahun lepas.
AGC tolak representasi Rizal Ghazali gugur dua kes jenayah
Pendakwaan berkata, arahan yang diterima daripada AGC ialah meneruskan pertuduhan terhadap Rizal Ghazali.
Perdagang wanita untuk eksploitasi seks: Buruh tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang buruh binaan yang didakwa memperdagang seorang wanita berusia 29 tahun bagi tujuan eksploitasi seks pada 11 Mac lepas hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah.