Bursa Malaysia dibuka tinggi di semua papan hari ini didorong sentimen berubah positif menjelang pengumuman data perdagangan China bagi Mac 2020.
Pada 9.06 pagi, indeks yang menjadi penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.13 mata kepada 1,361.16 daripada 1,356.03 ketika ditutup semalam.
Indeks utama itu dibuka 4.98 mata lebih kukuh pada 1,361.01.
Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 217 berbanding 70, manakala 162 kaunter tidak berubah, 1,456 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 328.39 juta bernilai RM63.76 juta.
Peniaga berkata pelabur di rantau ini memantau rapat data perdagangan dari China, yang dijadualkan dikeluarkan hari ini, berbanding mengambil petunjuk daripada musim pelaporan pendapatan yang tidak menentu di Amerika Syarikat.
"Hasil daripada data itu akan menyediakan pemangkin pasaran yang baharu bagi ekuiti Asia," katanya.
Pasaran menjangkakan data perdagangan China menunjukkan penurunan daripada 14 peratus pada Mac setahun lepas susulan penyusutan 17.2 peratus pada Februari.
Import diunjurkan mencatatkan corak penurunan pada -8.0 peratus.
Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata berdasarkan situasi pasaran yang kini berubah lagi, FBM KLCI mungkin meneruskan prestasi tidak banyak berubah dengan kecenderungan rendah pada jangka terdekat.
"Buat masa ini, kami terus berpandangan paras psikologi 1,300 sebagai sokongan utama manakala 1,370 kekal sebagai rintangan segera, diikuti paras 1,400," kata firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikan.
Bagi saham berwajaran tinggi, Tenaga naik enam sen kepada RM12.10, Maxis menokok tiga sen kepada RM5.32, Petronas Chemicals meningkat empat sen kepada RM4.86, CIMB menambah satu sen kepada RM3.51, manakala Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM15.84 dan RM5.11.
Maybank, bagaimanapun, susut dua sen kepada RM7.43.
Bagi saham aktif, Lambo dan Vortex masing-masing naik setengah sen kepada 1.5 sen dan sembilan sen, Minetec menokok 1.5 sen kepada 24.5 sen, K-One meningkat 4.5 sen kepada 18 sen manakala Hubline kekal pada 4.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 42.52 mata kepada 9,400.56, Indeks FBMT 100 menokok 41.5 mata kepada 9,299.85, FBM 70 menambah 75.85 mata kepada 10,970.48, Indeks FBM Emas Syariah naik 64.51 mata kepada 10,396.1 dan FBM Ace melonjak 73.08 mata kepada 4,084.09.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 28.97 mata kepada 6,233.77, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.39 mata kepada 109.26 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 3.76 mata kepada 12,224.42. -BERNAMA
Bernama
Tue Apr 14 2020
Peniaga berkata pelabur di rantau ini memantau rapat data perdagangan dari China, yang dijadualkan dikeluarkan hari ini. Gambar fail/ Bernama.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.