Kerajaan sedang mengkaji aspek perundangan berhubung cadangan membekukan akaun bekas suami yang liat atau gagal membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Katanya terdapat beberapa implikasi perundangan jika perkara tersebut dilaksanakan tanpa kajian rapi.
"Ada permintaan berkenaan (bekukan akaun suami yang liat bayar nafkah) apabila wanita bercerai dan tidak dapat nafkah daripada suami, tetapi kita tidak boleh bekukan lagi akaun... jadi ini yang kita sedang kaji," katanya selepas program Santuni Wanita bersempena Hari Wanita Sedunia di Pasar Tani Mega Kuantan, di sini, pada Ahad.
Pada November lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya bercadang membekukan akaun bekas suami yang ingkar membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri dalam usaha memperkasa penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar perintah mahkamah.
Katanya cadangan yang akan dilaksanakan bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) itu juga dilakukan berikutan ramai wanita yang tidak diberi keadilan dari sudut nafkah walaupun telah diputuskan oleh mahkamah syariah.
Sementara itu, pada program bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta pejabat Anggota Parlimen Kuantan hari ini, sebanyak 3,000 kuntum bunga segar turut diedarkan kepada pengunjung wanita pasar tani berkenaan sebagai simbolik sambutan Hari Wanita Sedunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2019
FUZIAH: Cadangan tersebut memerlukan kajian rapi. - Gambar fail
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Cadangan beku akaun bekas suami perlukan kajian teliti - Fuziah
Cadangan membekukan akaun bekas suami yang liat atau gagal membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak.