Cameron Highlands selamat dikunjungi termasuk bagi melakukan aktiviti riadah bersama keluarga terutama pada musim cuti sekolah sekarang, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Zainalabidin Othman.
Beliau berkata runtuhan jambatan di perkampungan Orang Asli di Pos Terisu pada Ahad lepas tidak menjejaskan keselamatan orang ramai seperti yang tersebar dalam laman sosial.
"Jangan ada pihak yang memanipulasi fakta dan melempar tohmahan kononnya Cameron Highlands tidak selamat untuk dikunjungi sedangkan tiada apa-apa yang berlaku di sini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Beliau berkata pihaknya bersama Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Imigresen serta beberapa agensi lain telah meninjau lokasi jambatan runtuh itu pada Selasa.
"Jambatan itu sedang dalam pembinaan semula dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat," katanya.
Dalam kejadian Ahad lepas, jambatan sepanjang 12.2 meter itu, yang merupakan laluan utama penduduk perkampungan Orang Asli di Pos Terisu, runtuh menyebabkan 853 penduduk terkandas.
Jambatan itu, yang terletak di Batu 49, Kuala Terla, runtuh akibat rempuhan air sungai yang naik mendadak berikutan hujan lebat di antara 2 hingga 3 pagi.
Sementara itu, Zainalabidin berkata ketika tinjauan jambatan runtuh dilakukan, pihaknya dan Jabatan Imigresen menahan enam lelaki warga asing dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar kawasan itu.
"Mereka terdiri daripada tiga warga Bangladesh, dua warga Myammar dan seorang warga India yang ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya.
Zainalabidin berkata keenam-enam lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Bernama
Tue May 31 2016
Runtuhan jambatan di perkampungan Orang Asli di Pos Terisu pada Ahad lepas tidak menjejaskan keselamatan orang ramai seperti yang tersebar dalam laman sosial.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
Tanah runtuh Cameron Highlands, NRES tunggu laporan lengkap
NRES menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ketiga mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi hari kedua guna jentera berat
Kumpulan pertama 14 anggota dan dua ekor anjing K9 memasuki lokasi kira-kira jam 8.42 pagi manakala pasukan kedua 14 anggota jam 10 pagi.
SAR mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan pagi ini
Operasi bermula pada 8.30 pagi dengan melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR sebelah malam disambung SMART dan STORM
Dua ekor anjing pengesan dari Unit K-9 direhatkan setelah melakukan tugasan mencari dan menyelamat (SAR) melebihi tujuh jam.