Kerajaan melihat tawaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh suami untuk suri rumah, termasuk tambahan caruman RM50 oleh kerajaan, sebagai satu penghargaan kepada golongan berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata selama ini, nasib golongan suri rumah diibaratkan seperti 'kurang terbela' sedangkan mereka adalah sokongan kuat dalam kehidupan sebuah keluarga.
"Mungkin ada daripada golongan ini menghadapi masalah tidak dijangka dalam kehidupan mereka maka caruman oleh pihak suami, ditambah dana caruman oleh kerajaan, boleh menjadi simpanan untuk membantu mereka.
"Pengalaman saya membesar dengan ibu yang terpaksa bekerja keras demi pendidikan anak memberi signal bahawa golongan suri rumah harus diberi penghargaan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis selawat dan cukur jambul anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Darul Wardah dan NGO Amani di Masjid An-Naim, Jalan Kebun di sini, pada Ahad.
Pada 18 Julai lepas, Dr Wan Azizah dilaporkan berkata penambahan dana RM50 yang dicarum dalam KWSP hanya tertakluk kepada suri rumah yang juga isteri pertama sahaja.
Inisiatif itu dilihat sebagai persediaan perlindungan masa hadapan isteri dan caruman berkenaan dijangka dapat jadi tabungan bagi menyiapkan suri rumah jika menghadapi apa-apa kemungkinan yang tidak diingini untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Caruman KWSP untuk isteri adalah antara tawaran manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan, dijangka bermula dengan sumbangan sukarela yang kemudiannya akan diwajibkan setelah pindaan kepada Akta KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dilaksana. -- Bernama
Bernama
Sun Jul 29 2018
Selama ini, nasib golongan suri rumah diibaratkan seperti 'kurang terbela'. - BERNAMA/Fail
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
64 peratus pencarum tiada simpanan mencukupi tampung persaraan - KWSP
Faktor utama melibatkan kadar upah yang sedikit, terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.
Pencarum KWSP disaran kekalkan caruman 11 peratus
Pencarum KWSP disaran mengekalkan caruman sebanyak 11 peratus berbanding 8 peratus bagi memastikan simpanan selepas persaraan mereka mencukupi.