Terpaksa membasuh beras menggunakan air di dalam tandas dan mandi dengan hanya segajung air.

Ini adalah di antara dugaan serta cabaran yang sedang dilalui oleh pengguna ekoran Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat yang berkuatkuasa sejak semalam.

Hal ini bukan sahaja telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna, tetapi turut menimbulkan persoalan mengapa catuan air harus diteruskan walaupun hujan sudah mula turun dengan kerap di sekitar Lembah Klang kebelakangan ini.

Pengguna Twitter, Apis berkata beliau hanya menggunakan segayung air untuk mandi akibat catuan air.


Pengguna Twitter Qil berkata beliau terpaksa membasuh beras di dalam tandas sesuatu yang tidak pernah dialami dalam hidupnya sebelum ini.

Pengguna Twitter Masrina pula berkata beliau terpaksa menyiapkan kerja membersih rumah sebelum bertolak ke kampung halaman akibat catuan air ini.
Sementara itu, terdapat ramai lagi pengguna Twitter merungut tentang catuan air.







Sebelum ini, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred berkata pelan itu dilaksanakan serentak dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang dilanjutkan sehingga 30 April.

Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Kassim pula berkata fasa keempat ini dilaksanakan berikutan penyusutan paras air berterusan di beberapa empangan utama di kawasan itu.

Ismail menjelaskan bahawa paras simpanan air di empangan Sungai Selangor setakat 31 Mac adalah 189.6 juta meter padu berbanding pada bulan yang sama tahun 2013 di mana paras pada kapasiti penuh adalah 235 juta meter padu.

Seluruh kawasan yang terjejas akan ditampung empangan Sungai Selangor ataupun Klang Gate.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pelan catuan bekalan air itu, pengguna digalakkan melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my.