Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) pada 526 buah bilik kebal yang menyimpan kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diharap dapat mengelak berlaku kebocoran soalan, kata Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata langkah segera untuk memperketat kawalan keselamatan aliran perjalanan kertas soalan SPM telah dilakukan ekoran kejadian kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini.
"Ini termasuk cara penyediaan soalan dan sehingga pembungkusan. Jika ada berlaku 'tampering' (diusik) (ia) boleh dikenal pasti," katanya pada sidang media selepas meninjau hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kiaramas di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata penghantaran kertas soalan ke pusat peperiksaan turut dilakukan dengan bantuan kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau juga memberitahu bahawa persediaan sewajarnya juga telah diambil di negeri-negeri yang berkemungkinan menghadapi banjir bagi memastikan peperiksaan dapat diteruskan dalam keadaan yang agak sempurna.
Muhyiddin turut mengucapkan selamat maju jaya dan menasihatkan calon supaya bertenang dan tidak berasa gugup semasa menjawab soalan serta mengaplikasi apa yang telah dipelajari di dalam kelas dan kelas tambahan dengan sebaik mungkin.
Sebanyak 455,839 calon SPM di 3,655 pusat peperiksaan seluruh negara menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu hari ini.
Daripada jumlah itu, 20 calon merupakan calon berkeperluan khas terencat akal, buta (23), bisu (1), pekak (208), rabun (134), spastik (26) dan lain-lain kecacatan (645).
Sebanyak 29,607 petugas peperiksaan dan 22,989 pemeriksa terlibat dalam SPM tahun ini yang akan berakhir pada 4 Dis depan.
Bernama
Mon Nov 03 2014
Penghantaran kertas soalan ke pusat peperiksaan turut dilakukan dengan bantuan kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Foto Bernama
Microsoft uji VASA, watak AI untuk panggilan video bebas kamera web
Microsoft Research memperlihatkan VASA iaitu sistem AI yang boleh menjana wajah manusia yang hiper-realistik berserta dengan emosi pada wajah.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
Pemilik kedai emas rugi RM5 juta premis dirompak ketika pulang beraya
Kumpulan penjenayah memasuki kedai emas itu kira-kira pukul 2 pagi melalui saluran angin di bahagian belakang premis.
Bilik kebal Pentadbiran Tanah Johor tidak bolos - Pengarah PTG
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor hari ini menegaskan bilik kebal Pentadbiran Tanah Johor tidak dibolosi seperti didakwa pihak tertentu.
CCTV di bilik kebal untuk elak kebocoran soalan SPM - Muhyiddin
Pemasangan kamera litar tertutup pada 526 buah bilik kebal yang menyimpan kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diharap dapat mengelak berlaku kebocoran soalan - Tan Sri Muhyiddin Yassin.