Kelibat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika hadir Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Jumaat lalu menarik perhatian ramai dan mengundang pelbagai persepsi.

Mana tidaknya, Ketua Armada itu tiba dengan berpakaian baju Melayu Johor berwarna merah dengan muka berbalut sambil kaki terhincut-hincut.

Ketika ditemui Astro AWANI, beliau memaklumkan telah mengalami kemalangan motosikal.

“Saya cedera sikit, jatuh.”

Susulan pelbagai spekulasi berhubung wajahnya yang bertampal kain kasa sepanjang perhimpunan itu, hari ini beliau tampil menunjukkan tahap kecederaan yang dialaminya di laman Twitter.


"Cedera jatuh motor pun ada pihak nak politikkan. Let the photo speak for itself.

"Bagi mereka yang fitnah saya, saya doakan saudara saudari akan kembali ke jalan yang benar."

Syed Saddiq hadir bersama timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada acara Street Dakwah di KLCC di sini, Isnin malam, sempena sambutan Tahun Baru 2019.