MALAYSIA sedang pantas menjadi titik permulaan peperangan budaya global apabila pandangan-pandangan yang bertentangan tentang masyarakat kini saling bersaing untuk mendapatkan pengaruh.
Secara umumnya, ada dua paksi yang bertentangan: pertama, pandangan yang cenderung kepada Barat dan berasaskan kepada ‘common law’. Pandangan ini terbentuk kerana kedudukan Malaysia yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan yang paling sibuk di Asia, sejarahnya yang kaya dan kepelbagaian masyarakat yang mendiaminya.
Pandangan seterusnya adalah pendekatan murni yang mengutamakan tradisi agama Islam.
Sebagai seorang penulis dan bekas peguam, memang jelas saya tergolong dalam kategori yang pertama.
Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan bahawa kelompok yang kedua itu kini sedang makin berpengaruh.
Sudah bertahun-tahun saya mengelak daripada berinteraksi bersama mereka yang berada dalam “kelompok lain”, hanya kerana perbezaan pandangan itu sukar ditangani.
Namun, atas rasa mahu lebih memahami kelompok yang konservatif ini, saya bertemu dengan sepasang pengantin baru Melayu yang menawan, Afiq Awang dan Muna ‘Adila Che Rime. Kedua-dua mereka berumur dalam lingkungan pertengahan dua puluhan dan merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang terletak di pinggir Kuala Lumpur.
Dengan pakaian longgar dan sederhana (Muna memakai tudung labuh), mereka kelihatan seperti umat Islam yang soleh.
Walaupun cara mereka berpakaian membezakan mereka dengan golongan muda lain, mereka berkongsi cabaran-cabaran yang sama: kos sara hidup yang tinggi dan harga rumah yang meningkat.
Dari segi peribadi, saya tertarik bagaimana Afiq menggalakkan Muna, seorang peguam pelatih, untuk menyuarakan pandangannya.
Malah, setelah kami mula berbual, saya terpesona dengan senyuman manisnya dan caranya yang tenang tetapi berwibawa.
Pendidikan Muna dalam undang-undang, menjadikan dia lantang berterus-terang. Dia yang sedang menjalani latihan dalam kamar, mempelajari sistem perundangan sivil dan syariah.
Hujah-hujah Afiq, seorang pegawai pematuhan syariah di sebuah syarikat farmasi, sebaliknya tidak begitu.
Muna sangat bersemangat tentang rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang dikemukakan oleh parti Islam PAS dengan sokongan tersirat Kerajaan Persekutuan.
Walaupun mungkin sukar untuk difahami dan tidak relevan, rang undang-undang tersebut telah menarik banyak kritikan.
Kenapa?
Pada dasarnya, rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan kuasa hukuman mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia.
Bagi sebahagian besar rakyat bukan Islam di Malaysia dan sebahagian masyarakat Melayu yang lebih progresif, langkah ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperkenalkan undang-undang hudud.
Tidak mengejutkan apabila Muna ada pandangan yang berbeza dalam isu ini. Bagi beliau, kedua-dua sistem perundangan itu harus sama rata.
Walau bagaimanapun, jelas bahawa sistem syariah mempunyai kuasa yang lebih kecil dan beliau menganggap ini sebagai sesuatu yang tidak adil.
Muna bercakap tentang bagaimana sistem perundangan syariah sudah wujud “sebelum” kedatangan orang-orang Eropah.
Bagi Muna, kedudukan sistem perundangan syariah yang rendah ini membuatkannya berasa seolah-olah “... identiti kami sebagai sebuah masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai dan undang-undang Islam sedang terhakis secara perlahan-lahan.”
Afiq pula bimbang dengan kegagalan untuk menangani isu-isu seperti hubungan seks luar nikah dan gejala minuman keras.
Beliau menjelaskan: “Islam bukan sekadar hubungan peribadi antara manusia dan Allah, malah juga untuk mengawal hubungan-hubungan manusia sesama sendiri. Ada perbuatan tertentu yang berdosa dalam Islam dan saya percaya hukuman-hukuman tertentu harus dijatuhkan kepada mereka yang bersalah... Walaupun perbuatan-perbuatan ini hanya melibatkan mereka dan Allah, saya percaya undang-undang harus diperkenalkan untuk menangani masalah-masalah itu.”
Tidak dapat dielakkan, kami kemudiannya menyentuh tentang politik negara dan bagaimana kontroversi tersebut akan mempengaruhi pilihan raya umum yang akan datang, yang ke-14 sejak Merdeka. Oleh sebab mereka berdua adalah ahli PAS, perbincangan jadi agak hangat.
Ketika saya mempersoalkan kebijaksanaan PAS dalam memperkenalkan rang undang-undang tersebut secara agresif dan kesan-kesannya kepada peluang PAS untuk menang dalam pilihan raya, Muna menyampuk: “Pak Karim, PAS bukan sekadar parti politik. Kami juga sebuah gerakan bertujuan untuk mengubah masyarakat. Ada dua elemen yang maju seiring dengan politik: tarbiyyah dan dakwah. Matlamat kami ialah untuk mewujudkan masyarakat Islam yang merangkumi prinsip-prinsip Al-Quran.”
Muna dengan tegas menambah: “Jangan lupa bahawa kebanyakan ahli-ahli UMNO berfikiran selari dengan kami dalam isu agama Islam dan kepentingan meningkatkan iman. Pemimpin mereka itu hal lain pula."
Dengan tegas dan berterus terang, Muna membantah semua soalan saya yang berikutnya pada setiap langkah dan menyedarkan saya tentang betapa besarnya peperangan budaya ini.
Walaupun saya komited mempertahankan sistem common law sedia ada yang saya rasa mempunyai keupayaan unik untuk mengimbangi hak-hak dan kepentingan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, saya bimbang mereka yang berdepan dengan orang seperti Muna dan Afiq tidak ada semangat dan dorongan seperti saya.
Tidak pernah rasanya sebegini sepi menjadi seorang yang sekular dan liberal.
Karim Raslan
Thu May 11 2017
Penulis bersama Afiq dan Muna, lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, tergolong dalam mereka yang mengutamakan tradisi agama Islam. - Foto Karim Raslan
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Ceritalah: Sejarah berulang dengan gunung berapi Taal
Pemandangan ketika Taal meletup dan imej-imej semarak debu yang besar dan menakutkan naik ke arah langit diiringi dengan kilatan guruh dan petir yang disebarkan ke seluruh dunia oleh media sosial.
Ceritalah: Tuntutan China atas Laut China Selatan - ASEAN harus bersatu
Pada tahun 2016, pemimpin-pemimpin dunia memandang Beijing dan beliau sebagai suatu hab alternatif - bagi suatu pendekatan terhadap ekonomi dan politik global yang berprinsip dan seimbang.
Ceritalah ASEAN - Joko Anwar: Cemerlang atas usaha sendiri
Tarikannya dan citra jenakanya menyembunyikan suatu minda yang amat bekerja keras dan berfokus.
Ceritalah - Perang dadah Duterte: Rakyat suram sambut Krismas
Kerana enggan kekal diam dan menerima takdir berdarah anaknya, Normita terpaksa meninggalkan rumahnya dan sekarang tinggal bersama seorang sanak saudaranya di bahagian lain bandar itu.
Ceritalah ASEAN - Aung San Suu Kyi: Lannister atau Stark?
Aung San Suu Kyi dari Myanmar - anak seorang jeneral, mengetuai sebuah negara amat rapuh telah menjadi musuh Tatmadaw (tentera) untuk menjadi apologis atau, lebih teruk lagi, pemudah mereka.
Ceritalah ASEAN - Plastik: Patut dikekalkan atau dihapuskan?
Gabungan pendapatan dari 50 firma petrokimia teratas dalam tahun 2018 adalah ASD926.8 bilion, jauh melebihi industri penapisan berjumlah ASD400 bilion.
Ceritalah Indonesia - Jawa: Mengenai bahasa dan perpaduan
Secara berasingan, kesemua tujuh presiden Indonesia mempunyai darah Jawa - termasuk BJ Habibie kelahiran Sulawesi yang baru meninggal. BJ Habibie adalah separuh Jawa.
Ceritalah - Enam hari di laut: Suatu pelayaran di atas Nggapulu
Dari saat para penumpang menaiki feri lapan tingkat itu, Nggapulu menjadi suatu mikrokosmo republik itu sendiri.
Ceritalah Indonesia - Anak muda memberontak: Apa mereka mahu?
Antara 23 dan 30 September, Hamzah adalah salah seorang daripada ribuan pelajar yang membuat bantahan di luar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menghidupkan semula ingatan pada waktu Reformasi.
Ceritalah: Gelombang kemasukan pelancong India ke Asia Tenggara
Sementara ekonomi India mungkin menghadapi kemerosotannya sendiri, pelancong dari gergasi Asia Selatan itu menjadi kuasa yang semakin perlu diiktiraf di rantau Asia Tenggara.