Suara bisikan pada waktu awal pagi, di rumah di Kampung Landak Hilir, Kupang, Baling, membongkar kegiatan tidak bermoral dua pelajar yang terlanjur.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, remaja lelaki berusia 15 tahun dikatakan menceroboh rumah kekasihnya berusia 14 tahun ketika ahli keluarga perempuan itu sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusuf berkata, kejadian bagaimanapun disedari kakak mangsa yang terdengar suara lelaki dari arah bilik adiknya, sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarga lain.

Katanya, ibu mangsa yang kemudian melakukan pemeriksaan, terkejut melihat anak gadisnya berdua-duaan di dalam bilik bersama suspek yang turut dikenali keluarga berkenaan.

Ekoran kejadian itu ibu mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Kupang.

Suspek yang ditahan mengaku melakukan hubungan seks dengan mangsa dan suspek juga mengenali mangsa sudah dua tahun lepas.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.