Ahli Parlimen Kuching yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen hari ini memohon maaf atas kenyataannya berkenaan lagu Negaraku yang dibuatnya menerusi laman sosial Facebook.

"Walaupun saya merasakan agak tidak sesuai untuk memainkan lagu kebangsaan di tempat hiburan seperti panggung wayang, namun perkataan yang telah saya gunakan agak tidak bersesuaian.

"Saya dengan ini menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf. Saya tidak berniat untuk merendahkan lagu kebangsaan. Sebaliknya, saya bersama keluarga berdiri sewaktu lagu kebangsaan itu dimainkan," seperti yang tertulis di akaun Facebook miliknya.

Permohonan maaf Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen.

Terdahulu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengecam tindakan Chong yang memperlekehkan lagu Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.