Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional dengan nama 'Creative Health Resources (CHR) Creative Herbs' dan 'CHR Creative Nutrition'.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil ujian daripada sampel produk berkenaan mendapati kedua-duanya dicampur palsu dengan 'dexamethasone', sejenis 'kortikosteroid' dan 'chlorpheniramine', sejenis 'antihistamin' yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
Beliau berkata Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan (NPRA) telah menerima dua laporan kesan sampingan melibatkan produk CHR Creative Herbs dan tiga laporan melibatkan produk CHR Creative Nutrition.
"Antara kesan advers dilaporkan adalah peningkatan berat badan, kembung perut, muka membulat (moon face) dan kelemahan fungsi kelenjar adrenal yang boleh menyebabkan masalah lain seperti tekanan darah dan paras gula dalam darah tidak terkawal," katanya dalam kenyataan yang disiar di laman web kpkesihatan.com, malam semalam.
Dr Noor Hisham berkata penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan kerapuhan tulang, tekanan darah tinggi dan katarak, selain berisiko tinggi kepada pesakit kencing manis kerana boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan komplikasi serius.
Menurutnya lagi kesan sampingan chlorpheniramine termasuk mengantuk, penglihatan kabur, muntah-muntah, sembelit dan kelemahan koordinasi anggota badan.
Katanya pemilikan untuk jualan produk berkenaan adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang mana pesalah boleh didenda dan dipenjara tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan denda serta penjara tidak melebihi RM50,000 atau lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
"Bagi syarikat yang melakukan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.
Dr Noor Hisham menasihatkan orang awam yang sedang menggunakan produk-produk itu supaya mendapatkan nasihat dan rawatan segera daripada anggota profesional kesihatan.
"Bagi mereka yang telah mengambil produk ini dalam jangka masa lama dinasihat tidak menghentikan penggunaannya secara mendadak kerana ia boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan, akibat sindrom pengeluaran," katanya.
Beliau turut menggesa orang awam tidak menggunakan produk tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, selain lebih berhati-hati dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual dengan tuntutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan kesan yang cepat.
Tambahnya, mereka yang mempunyai maklumat mengenai produk-produk tidak berdaftar dinasihatkan menyalurkannya melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my, mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi atau melalui talian 03-7841 3200.
"Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang npra.moh.gov.my atau dengan menghubungi NPRA di talian 03-7883 5400," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2016
Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan (NPRA) telah menerima dua laporan kesan sampingan melibatkan produk CHR Creative Herbs dan tiga laporan melibatkan produk CHR Creative Nutrition. - Foto: kpkesihatan.com
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
'CHR Creative Herbs' dan 'CHR Creative Nutrition' mengandungi bahan terlarang
Kedua-dua produk dicampur palsu dengan 'dexamethasone', sejenis 'kortikosteroid' dan 'chlorpheniramine', sejenis antihistamin yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.