Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengesahkan pengasas dan editor sarawak report, Clare Rewcastle Brown masih berada dalam senarai NTL atau dihalang memasuki Sarawak.

"Nama beliau (Claire) telah wujud sejak pemimpin sebelum saya. Namanya masih dalam senarai,” kata Johari kepada pemberita.

Rewcastle mula dihalang memasuki Sarawak pada Julai 2013 dan pada Ogos 2015.

Beliau telah dikenakan waran tangkap oleh kerajaan Malaysia kerana pendedahannya mengenai skandal 1MDB.