Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin mengajak seluruh umat Islam termasuk pemegang tampuk kepimpinan agar mencontohi akhlak mulia Rasulullah S.A.W demi kelangsungan pembangunan diri, keluarga dan negeri Sabah tercinta.
Tun Juhar berkata, umat Islam amat bertuah kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung dan sejati serta memberi contoh teladan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk tatacara pemerintahan yang begitu bernilai.
"Rendah dirilah kepada manusia, duduklah bersama orang-orang miskin, nescaya kamu akan menjadi orang-orang besar di sisi Allah dan kamu akan keluar dari perasaan takbur'," katanya memetik hadis Rasulullah S.A.W ketika menyampaikan perutusannya pada majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar.
Terdahlu, Tun Juhar dan isteri serta Mohd Shafie menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul bersama kira-kira 10,000 umat Islam dari Avenue Sutera ke Masjid Negeri Sabah.
Menurut Tun Juhar, Rasulullah Muhammad S.A.W merupakan manusia agung yang menjadi lambang kepada kesempurnaan Islam, bukan sahaja cemerlang dari segi ibadat, sahsiah serta akhlak malah turut terserlah dari sudut kebijaksanaan dalam berpolitik dan pemerintahan.
"Islam tidak hanya ingin melahirkan ahli ibadah ('abid) dan ahli 'ilmuan ('Ulama) akan tetapi turut melahirkan ahli politik dan pemerintah mengikut acuan wahyu dan hidayah Allah. Bukan juga ingin melahirkan pemimpin sekadar berjiwa rakyat, akan tetapi lebih dari itu berkemampuan untuk membimbing rakyatnya.
"Iaitu seorang pemimpin yang mengetahui dengan baik landasan mana yang harus diikutinya selama mana ia memerintah rakyatnya. Dalam setiap keputusannya, dipastikan untuk kemaslahatan rakyat, bukan diri sendiri," katanya.
Menurut Tun Juhar, pemimpin yang memiliki kualiti seperti itu akan menyedari bahawa di bawah kekuasaannya adalah rakyat namun pada masa sama menyedari bahawa ada Tuhan yang sentiasa memerhati dan menghisab segala tindak tanduknya serta perlakuannya.
Katanya, kualiti kepimpinan itulah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Muhammad S.A.W dah hasil bimbingan dan didikan Rasulullah, kualiti kepimpinan itu turut diikuti parah sahabatnya termasuk Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.
Pada majlis berkenaan, Tun Juhar turut menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada Datuk Hanan Ramli bagi kategori lelaki dan Ustazah Zubaidah Jammadi bagi kategori wanita manakala Anugerah Khas Maulidur Rasul pula diberikan kepada Najion Jamil. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 20 2018
Tun Juhar (lima, kiri) bersama Mohd Shafie (empat, kiri) serta orang ramai berarak dari Sutera Avenue ke Masjid Negeri Sabah sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini. - BERNAMA
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Lembah Pantai Berselawat gerakkan perubahan dalam komuniti
Menerusi program itu, mesej disampaikan supaya penduduk bersatu padu dalam apa jua cabaran yang dihadapi mengikut ajaran Nabi Muhammad.
Karnival Segalanya Felda di Felda Chemomoi, aktiviti menarik menanti pengunjung
Ia akan turut menampilkan persembahan khas daripada kumpulan nasyid Inteam dan penyanyi Black, sempena sambutan Maulidur Rasul.
PM Anwar undang Ahmad Dhani ke majlis Maulidur Rasul hari ini
Datuk Seri Anwar pula akan hadir konsert DEWA19 pada sebelah malam di Axiata Arena.
Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan
Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.
Ribuan sertai perarakan sempena Maulidur Rasul di Sabah dan Sarawak
Abang Johari dalam ucapannya pada majlis itu berkata Sarawak akan menjadikan Piagam Madinah yang dicetuskan Nabi Muhammad SAW sebagai asas dalam merangka dasar di negeri itu.
Maulidur Rasul: Malaysia capai kejayaan jika berpegang syariat Islam, nilai murni Rasulullah - Agong
Negara akan mencapai puncak kejayaan hakiki sekiranya terus berpegang kepada syariat Islam dan nilai-nilai murni serta akhlak tinggi Rasulullah SAW dalam tadbir urus negara.
Sambutan Maulidur Rasul: Agong seru ambil iktibar kejatuhan tamadun akibat fitnah
Titah Baginda, akhlak mulia Rasulullah SAW telah membawa Islam menjadi kuasa besar serta tamadun yang hebat di dunia.
Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Maulidur Rasul, ajak umat Islam berselawat
Sirah perjuangan dan kehidupan Rasulullah merupakan sumber rujukan amat berharga untuk semua pihak, dalam membangunkan sebuah negara.