PUTRAJAYA:Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ia menjadikan jumlah kumulatif  kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 21,248 kes  atau 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak 659 kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 31,548 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,051 kes.

Tiada kematian baharu dicatakan menjadikan jumlahnya kekal 249 kes.

"Ingin dimaklumkan daripada 659 kes baharu pada hari ini, terdapat satu  kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Bangladesh yang melibatkan bukan warganegara.

"KKM juga ingin memaklumkan bahawa tiada pertambahan kluster baharu pada hari ini. Justeru jumlah kluster aktif adalah kekal 133 kluster dengan jumlah kluster tamat adalah 114 kluster," katanya pada sidang media harian COVID-19 pada Sabtu.

Sabah mencatatkan sebanyak 529 kes (80.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 70 kes (10.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 599 kes (90.9 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan.

Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

Status terkini COVID-19