KUALA LUMPUR:Sebanyak 11 kluster baharu dilaporkan pada Ahad yang sebahagian besar melibatkan tempat kerja manakala selebihnya berkaitan komuniti dan keagamaan.

Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster berkenaan, sebagaimana yang didedahkan dalam kenataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 14 Februari 2021:

1) Kluster Jalan Istimewa Cemerlang

- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kes dikesan positif pada 11 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 311 individu disaring, 109 positif.

2) Kluster Batu 57

- Melibatkan daerah Batu Pahat, Johor.
- Kes dikesan positif pada 9 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 91 individu disaring, 13 positif.

3) Kluster Jalan Usaha Satu

- Melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian, Johor
- Kes dikesan positif pada 9 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 299 individu disaring, 70 positif.

4) Kluster Jalan Tebrau Khas

- Melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai, Johor.
- Kes dikesan positif pada 10 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 196 individu disaring, 29 positif.

5) Kluster Jalan Persiaran Teknologi Kulai

- Melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai, Johor.
- Kes dikesan positif pada 11 Februari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 236 individu disaring, 45 positif.

6) Kluster Tapak Bina Jalan Setia

- Melibatkan daerah Petaling, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 14 Februari hasil saringan pekerja tapak bina.
- Seramai 320 individu disaring, 36 positif.

7) Kluster Jalan Jelatek

- Melibatkan daerah Gombak, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 14 Februari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 200 individu disaring, 35 positif.

8) Kluster Jalan Sepuluh

- Melibatkan daerah Petaling, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 31 Januari hasil saringan bersasar pekerja gudang .
- Seramai 250 individu disaring, 32 positif.

9) Kluster Ria Jaya

- Melibatkan daerah Kuala Muda, Kedah.
- Kes dikesan positif pada 9 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 567 individu disaring, 81 positif.

10) Kluster Patikang Ulu

- Melibatkan daerah Keningau, Sabah.
- Kes dikesan positif pada 6 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 185 individu disaring, 37 positif.

11) Kluster Jalan Badak

- Melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar, Perak.
- Kes dikesan positif pada 3 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 57 individu disaring, 23 positif.

BACA: COVID-19: Jumlah kes sembuh tertinggi, 2,464 kes baharu, tujuh kematian