Sebanyak 12 pesakit yang sudah pulih daripada jangkitan COVID-19 tampil untuk menderma plasma darah masing-masing setakat ini bagi digunakan dalam kajian rawatan pesakit COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebelum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil darah mereka, bekas pesakit COVID-19 itu diberi kaunseling dan perlu menjalani ujian-ujian jangkitan kuman.
"Setelah diberi kaunseling KKM akan rujuk mereka kepada Pusat Darah Negara untuk diambil darah bagi melaksanakan kajian rawatan COVID-19 menggunakan plasma darah," katanya pada sidang media harian COVID-19 di KKM di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan rawatan COVID-19 menggunakan plasma darah pesakit yang sudah pulih daripada jangkitan.
Kata beliau kajian mengenai rawatan itu masih di peringkat awal dan KKM perlu melihat terlebih dahulu keberkesanan rawatan berkenaan.
"Mungkin kajian akan memakan masa sebelum KKM dapat satu bukti kukuh untuk digunakan.
Apa yang KKM gunakan adalah plasma dengan melihat kandungan antibodi dan sebagainya," katanya lagi.
Ditanya mengenai kajian "rapid test kit" oleh KKM, Dr Noor Hisham berkata setakat ini kajian "rapid test kit" yang dilaksanakan KKM masih belum menemui kit ujian yang tepat dan boleh diharap.
"Hari ini dan esok ada kit ujian (diterima) dari Korea Selatan. Harap keputusan akan beri ketepatan yang tinggi untuk KKM guna pakai.
"Untuk kit ujian apa yang penting adalah ujian COVID-19 boleh dilaksana dalam tempoh yang singkat. Jadi tempoh proses ujian adalah pendek. Mungkin satu jam mungkin setengah jam," katanya lagi.
Dr Noor Hisham berkata, kit ujian yang menjadi pilihan KKM haruslah jenis mudah alih supaya mudah digunakan di klinik dan lokasi ujian dijalankan.
Ditanya mengenai pesakit sudah sembuh COVID-19 dan didapati positif semula, beliau berkata hanya dua atau tiga kes sedemikian dan ia dikategorikan sebagai positif yang lemah.
"Tidak ada pesakit yang sudah pulih COVID-19 yang dijangkiti semula.
Dua atau tiga kes weak positive (positif yang lemah) itu adalah peringkat 'virus shedding' atau virus COVID-19 sedang pudar (daripada tubuh pesakit) dan ia seolah-olah memberi kesan positif COVID-19," katanya lagi.
Dr Noor Hisham juga berkata kes positif yang lemah itu juga tidak menjangkiti orang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 12 2020
Kajian mengenai rawatan itu masih di peringkat awal dan KKM perlu melihat terlebih dahulu keberkesanan rawatan berkenaan. - Gambar hiasan
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.