Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat penambahan 13 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 8,956 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut lapan adalah kes import dan lima adalah kes penularan dalam negara.

Lapan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan empat warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

Berikut adalah perincian lapan kes import tersebut;

• United Kingdom (dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
• India (dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
• Filipina (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
• Pakistan (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
• Gambia (satu kes di Selangor) dan
• Ukraine (satu kes di Selangor)

Sementara itu, bagi lima kes tempatan, tiga kes melibatkan warganegara Malaysia dan dua kes adalah dalam kalangan bukan warganegara.

Berikut adalah perincian kes penularan tempatan;

Tiga kes melibatkan warganegara Malaysia;

• Johor: satu kes saringan di tempat kerja (iaitu sign-off kapal)
• Sarawak: satu kes daripada Kluster Sentosa
• Sabah: satu kes saringan bergejala di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Dua kes melibatkan bukan warganegara;

• Sarawak: satu kes daripada Kluster Mambong
• Perlis: satu kes saringan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Kangar.

Dalam pada itu, terdapat penambahan lima kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 8,612 kes (96.2 peratus).

Sementara itu, dua kes positif COVID-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kematian direkodkan hari ini, dengan jumlah kematian kekal 124 kes.