Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima 22 pek plasma yang didermakan oleh sembilan bekas pesakit COVID-19 bagi tujuan penyelidikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata daripada sembilan pesakit berkenaan, tiga daripada mereka telah menderma dua kali plasma tersebut yang akan digunakan hanya bila diperlukan.
"Setakat ini kami belum menggunakannya ... 22 pek plasma tersedia di tempat kami, sekiranya terdapat keperluan, kami akan menggunakan plasma tersebut. Cumanya, bila perlu menggunakannya... terutama kepada pesakit dengan tindak balas imun yang lemah.
"Plasma berkenaan daripada pesakit yang dijangkiti sebelum ini dan mereka mempunyai tindak balas antibodi yang tinggi. Jadi itulah sebabnya mengapa kita boleh menggunakan plasma ini jika ada indikasi," katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian telah dimaklumkan bahawa terdapat 10 lagi bekas pesakit yang bersedia tampil untuk menderma plasma mereka.
"Bagaimanapun kami akan menyaring mereka sebelum mengambil plasma mereka dan kemudian akan menggunakan plasma itu untuk merawat pesakit lain. Setakat ini sambutan baik," katanya.
Ditanya mengenai keberkesanan ubat antiviral Remdesivir, beliau berkata ia digunakan bagi merawat pesakit kategori 4 dan 5 malah setakat ini penggunaannya tidak mempunyai masalah.
"Kita telah mulakan dengan pesakit yang pertama di Hospital Sungai Buloh...tempoh guna ubat tersebut lebih dua minggu, tapi apa yang pasti ini satu kaedah untuk rawatan tapi kita juga beri ubat-ubat lain," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata KKM telah menyaring 950 individu yang meliputi ahli Parlimen dan warga kerja yang akan menghadiri dan bertugas semasa persidangan sehari Parlimen esok.
"Daripada 960 individu yang dijangka terlibat dengan sidang Parlimen esok, 950 telah disaring dan kesemuanya menunjukkan keputusan negatif.
"Lagi 10 (individu) tidak disaring ialah lapan warga kerja Parlimen yang tidak hadir untuk saringan dan dua ahli Parlimen yang sedang dikuarantin kerana ada kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19," katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada orang awam digalakkan untuk memakai pelindung muka berikutan ada laporan menyatakan virus COVID-19 boleh masuk ke tubuh melalui mata, beliau berkata apa yang penting adalah menjaga kebersihan diri dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.
"Virus akan masuk dalam tubuh kalau sentiasa gosok mata, ataupun jangkitan dari tangan dan sentuh muka dan sebagainya...kalau di khalayak ramai dan tempat awam kena sentiasa pakai penutup hidung dan mulut dan cuci tangan sebelum sentuh mata dan muka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 17 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima 22 pek plasma yang didermakan oleh sembilan bekas pesakit COVID-19 bagi tujuan penyelidikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Bernama
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.