PUTRAJAYA:Kementeria Kesihatan mengesahkan 260 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Khamis sekali gus merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sejak Februari.

Berikut adalah antara tumpuan sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:

1) Terdapat pertambahan 260 kes baharu positif COVID-19 pada Khamis, ini merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sehingga kini.

2) Daripada 260 kes baharu yang dicatatkan, 259 kes melibatkan penularan tempatan dan satu kes import melibatkan bukan warganegara

3) Jumlah kes positif COVID-19 di negara ini kini 11,484 kes dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 1,334 kes

4) Terdapat empat kluster baharu direkodkan, masing-masing satu di Selangor, Sabah, Putrajaya dan Kedah

5) 20 kes positif COVID-19 kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada pertambahan kematian direkodkan pada Khamis