KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan sebanyak 3,306 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu di negara ini adalah 161,740.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, 3,299 kes adalah penularan tempatan dan tujuh lagi mendapat jangkitan dari luar negara.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 38,791 dan kes sembuh terbaharu adalah 3,306.

Selangor mencatatkan kes baharu COVID-19 tertinggi dengan 1,213 kes, diikuti Sabah, 432 kes, Johor, 329 kes, dan Kuala Lumpur, 250 kes.

Pada masa sama, empat lagi kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 605 kes.

Setakat ini, seramai 226 orang pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 94 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.