KUALA LUMPUR : Angka kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu adalah sebanyak 5,745 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini 2,401,866 kes.

Ia mencatatkan sedikit kenaikan berbanding semalam  dengan 5,434 kes dilaporkan.

Data COVIDNOW setakat semalam merekodkan pertambahan 72 lagi kes kematian dengan angka kumulatifnya sebanyak 27,993. 

Jumlah itu juga termasuk sembilan kes Brought In Dead (BID). 


Selain itu setakat ini, 682 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan daripada jumlah itu juga, 331 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. 

Manakala jumlah kes sembuh pula melebihi jumlah kes jangkitan baharu iaitu 8,933 kes. 

Mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), sejumlah 22,934,377 individu telah lengkap dua dos dan ia menjadikan kadar vaksinasi populasi dewasa kepada 94.0 peratus.