KUALA LUMPUR:Sebanyak 589 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,129 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 453 kes merupakan penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia sementara 133 lagi bukan warganegara.
Tiga lagi jangkitan merupakan kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara, melibatkan dua warganegara Indonesia dan satu kes dari Ukraine.
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,945 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya dalam sidang media mengenai COVID-19 pada Khamis.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 409 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 12,014 kes (66.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Berdasarkan pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 304 kes (51.6 peratus).
Secara keseluruhan, sebanyak 91 kes (15.4 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai.
"Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara. Negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 27.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 150 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sembilan kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya satu kes," ujarnya lagi.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan COVID-19.
Justeru,jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 170 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Kes kematian ke-168 adalah merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 54, tahun dan mempunyai sejarah Penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit kelenjar tiroid.
(Hospital Queen Elizabeth).
Kes kematian ke-169 adalah merupakan seorang lelaki bukan warganegara berusia 68 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis . (Hospital Tawau)
Kes kematian ke-170 adalah merupakan seorang lelaki bukan warganegara berusia 100 tahun (Hospital
Duchess of Kent).
Sehingga kini, terdapat 103 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sabah: 304 kes
o 165 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Olive; dan
o 101 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Selangor: 150 kes
o 125 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
o 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Sembilan kes saringan individu bergejala termasuk empat kes
mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah; dan
o Tiga kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 52 kes
o 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
o Dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Pengkalan.
Kedah: 31 kes
o 28 kes daripada Kluster Tembok; dan
o Tiga kes saringan individu bergejala.
Pulau Pinang: 16 kes
o 15 kes daripada kluster- kluster sedia ada; dan
o Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
Negeri Sembilan: 11 kes
o Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID19; dan
o Satu (1) kes daripada Kluster Bah Kasturi; dan
o Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:Sembilan kes
o Empat kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
o Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Dua kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: Enam kes
o Tiga kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)
o Dua kes daripada Kluster baharu iaitu Kluster Saguking; dan
o Satu kes daripada Kluster Bah Bundle.
Sarawak: Dua kes
o Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)
o Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Melaka: Dua kes
o Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
o Satu kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
Kelantan: Dua kes daripada saringan sign on kapal.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Pasir.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Astro Awani
Thu Oct 15 2020
Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 589 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,129 kes. - Gambar fail
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
COVID-19: Kes masih terkawal, tidak perlu hingga tutup pintu sempadan - Dr Zaliha
Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara bagi mengekang penularan wabak itu.
Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta
Data KKM pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan.
COVID-19: 1,138 kes baharu, 8 kematian dicatat
16,521 kes aktif direkodkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 15,413 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 809 kes baharu, enam kematian dicatat
17,972 kes aktif direkodkan pada Isnin dan daripada jumlah itu 16,772 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian dicatat
22,505 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 20,889 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 2,375 kes baharu, 11 kematian dicatat
24,467 kes aktif dicatatkan pada Khamis dan daripada jumlah itu 22,637 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 2,465 kes baharu, lima kematian dicatat
Kes jangkitan semalam adalah 2,465 kes berbanding 2,022 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.