Malaysia mencatatkan pertambahan 70 lagi kes baharu pada Isnin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, 70 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 13 kes import dan 57 penularan tempatan.

"Daripada 70 kes baharu, 31 adalah daripada bukan warga negara Malaysia. Daripada jumlah itu juga, 13 adalah daripada kes import, bermakna 57 lagi adalah membabitkan penularan tempatan," katanya semasa sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 6,726 kes.

Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa terdapat satu kes kematian dan 88 kes pulih yang dilaporkan.

Kes kematian ke-109 (kes ke-6657) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun yang mempunyai penyakit kronik.

Pertambahan satu lagi kes kematian menjadikan jumlah kematian sebanyak 109 kes bersamaan 1.62% daripada jumlah keseluruhan kes.