Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan terdapat satu lagi kes kematian akibat pandemik COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 100 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Selasa, kementerian turut merekodkan 31 kes positif baharu sekali gus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 5,851 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, dalam masa sama, terdapat 75 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj.

Pertambahan 75 pesakit yang telah pulih itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,032 kes yang bersamaan dengan 68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID- 19 adalah 1,719 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian pada Selasa.


Beliau juga berkata, pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 100 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Perincian satu kes kematian setakat 13 April 2020 adalah seperti berikut :