KUALA LUMPUR: Sasaran untuk mencapai imuniti kelompok dalam kalangan populasi dewasa di negara ini semakin hampir.

Data di laman sesawang covidnow mendedahkan, sehingga Isnin, 79.6 peratus populasi dewasa atau 18.64 juta individu telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Data tersebut turut mendedahkan, sejumlah 289,618 dos suntikan vaksin didaftarkan pada Isnin.

Daripada jumlah itu, 195,473 adalah bagi dos kedua, 94,154 dos pertama. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan vaksin COVID-19 yang sudah didaftarkan sebanyak 40.664 juta dos.

Penambahan vaksin harian ini juga turut menyaksikan 57.1 peratus populasi keseluruhan lengkap menerima dos vaksin COVID-19.

Manakala 67.7 peratus populasi keseluruhan sudah menerima satu dos suntikan.