Adakah ketika ini alam sedang merencanakan pembalasan buat umat manusia yang terlalai dalam melaksanakan kewajipan mereka di muka bumi?
Semasa COVID-19 sedang menggila di seluruh dunia, soalan yang bermain di fikiran kini ialah - adakah ini tanda-tanda bahawa alam sedang mengatur pembalasan terhadap perbuatan umat manusia yang selama ini rakus merosakkan apa yang dianugerahkan kepada mereka - udara segar, air bersih, hidupan liar, hutan rimba, dan sebagainya.
Persoalanan timbul sama ada pandemik COVID-19 ini adalah cara alam semula jadi membalas perbuatan manusia yang melampaui batas, tidak menghiraukan undang-undang yang digubal sendiri, mengotorkan udara, mencemar air, memusnahkan hutan dan membunuh hidupan liar sesuka hati.
Tidak dinafikan bencana berlaku dari semasa ke semasa - kemarau, banjir, gempa bumi dan sebagainya, namun ia tidak berlaku serentak di seluruh dunia seperti mana yang sedang berlaku ketika ini, yang memaksa seluruh penduduk dunia duduk di rumah, tidak berbuat apa-apa, hanya menunggu.
Adakah manusia sedang diberi pengajaran supaya sedar dan insaf - buat kali terakhir.
Di seluruh dunia, segala aktiviti terhenti - pelancongan, perniagaan, semuanya tidak bermaya, dan pengangguran berleluasa, harga minyak pula terus merudum, dan entah apa lagi malapetaka yang sedang menanti.
Rata-rata di seluruh dunia tidak banyak lagi deruman pesawat udara membelah awan membawa pelancong bercuti, kecuali penerbangan yang membawa bantuan perubatan serta peralatan perlu, dan kenderaan persendirian pula banyak "tersadai" di rumah, tidak lagi bertali arus di jalan raya, kecuali satu dua yang membawa barang-barang keperluan penting.
Kebanyakan bekerja dari rumah, kecuali petugas di barisan hadapan yang merawat pesakit, di samping pihak berkuasa yang bertungkus-lumus berusaha bersungguh-sungguh memastikan orang ramai "duduk di rumah", tanpa mengira waktu dan keadaan.
COVID-19, berpunca dari koronavirus yang meletus di negara China Disember lepas, sebelum mula melebarkan sayap kemusnahannya ke seluruh dunia, menjangkiti lebih 1.2 juta umat manusia dan meragut kira-kira 65,000 nyawa.
Mungkin sedikit sinar harapan yang dapat dihargai ketika ini adalah satu perempat daripada sejuta orang yang dijangkiti penyakit yang berasal dari kora Wuhan, China itu, telah sembuh. Di China, lebih 81,000 orang telah dijangkiti, dan lebih 3,000 orang telah meninggal dunia.
Amerika Syaikat pula.mencatatkan jumlah jangkitan yang tertinggi, menjangkau lebih 300,000 dan Itali mencatatkan jumlah kematian tertinggi, lebih 15,000.
Di Malaysia COVID-19 telah menjangkiti lebih 3,000 orang, meragut 61 nyawa, manakala lebih 1,000 telah sembuh.
Berbalik kepada alam, mungkin apa yang kita lihat hari ini adalah kesan amarahnya kepada gejala pencemaran udara - dari kota sehingga ke desa, yang dikatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai ancaman kepada ilkim dan kesihatan.
Namun, adakah orang ramai benar-benar ambil peduli hakikat pencemaran udara dianggar membunuh tujuh juta manusia di seluruh dunia setiap tahun? Sekiranya dia sendiri tidak terkesan dengan pencemaran itu, angka besar itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Di seluruh dunia manusia terus mencemar udara dengan asap kenderaan, asap kilang dan pembakaran terbuka.
Contoh paling dekat pembakaran hutan di sekitar rantau ini yang mengakibatkan beberapa negara ASEAN terkesan dengan masalah jerebu, hampir setiap tahun.
Natural Resources Defence Council (NRDC), yang merupakan sebuah petubuhan bukan kerajaan berpengkalan di Amerika Syarikat yang berusaha menjaga keselamatan bumi, penghuninya, hutan, serta haiwan dan sistem semulajadi berkata, ketika ini manusia sedang menenggelamkan ekosistem marin di dalam sampah, bunyi, minyak dan pelepasan karbon.
Menurutnya impak kepada pencemaran laut sebegini memburukkan keadaan laut, pada kadar yang amat membimbangkan.
Kebanyakan sampah yang dihumban ke laut adalah berasaskan plastik, ramai yang tahu hakikat ini. Bukankah kita telah lihat bagaimana ada penyu yang mati akibat tidak dapat menghadam plastik yang dibuang ke laut yang membunuhnya. Lihat sahaja bagaimana sukarnya ketika ini melihat penyu mendarat untuk bertelur di Terengganu, tidak seperti suatu ketika dahulu.
Pencemaran air pastinya mengembalikan ingatan semua kepada pencemaran toksik Sungai Kim Kim di Johor pada bulan Mac tahun lepas, berpunca daripada pembuangan sisa kimia, yang menjejaskan kesihatan 6,000 orang, dan menghantar 2,775 ke wad hospital.
Tidak ketinggalan kemusnahan hutan, apabila ia diteroka bagi tujuan pertanian, pembalakan, pembinaan jalan dan sebagainya.
*M Govinair adalah Sub-editor kepada agensi berita Bernama
M Govindnair
Mon Apr 06 2020
COVID-19, berpunca dari koronavirus yang meletus di negara China Disember lepas, sebelum mula melebarkan sayap kemusnahannya ke seluruh dunia, menjangkiti lebih 1.2 juta umat manusia. - Gambar hiasan
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Rusia komited kepada ASEAN, tawarkan kepakaran dalam keterjaminan makanan
Rusia mengulangi komitmennya untuk memupuk hubungan yang berpanjangan dengan ASEAN, menjadikannya satu keutamaan utama dalam Konsep Dasar Luar Negaranya.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Anwar tarik pelabur Australia, ASEAN, kongsi persekitaran kondusif Malaysia
Anwar menegaskan kepentingan kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Nilai ringgit menyusut bukan isu kepada pelabur - PM Anwar
Malah jelasnya, mereka memandang kepada isu-isu berkaitan asas ekonomi lain seperti inflasi, pasaran saham dan pengangguran.