Ubat antiviral baharu, Remdesivir, akan diperkenalkan untuk merawat pesakit COVID-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima beberapa permohonan untuk membawa masuk ubat itu.
"Baru ada permohonan untuk membawa masuk ubat Remdesivir dan kita telah meluluskan satu dua permohonan. Insya-Allah kita akan perkenalkan ubat baharu ini untuk merawat pesakit-pesakit COVID-19," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, pada Khamis.
Pada 28 Mac lepas, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain boleh digunakan dalam rawatan COVID-19.
Ditanya sama ada bilangan ujian COVID-19 yang telah dilaksanakan mencukupi setakat ini, beliau menjelaskan KKM memenuhi tanda aras Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Beliau berkata WHO telah mengeluarkan satu laporan menyatakan sasaran kes positif daripada ujian dilakukan sepatutnya 10 peratus, dan Malaysia telah menunjukkan lebih tujuh peratus dalam kes positif berdasarkan ujian dilakukan.
"Kalau kita lihat ujian kita, sebanyak 43,462 sampel yang telah diambil dan kes yang positif ialah 3,116, bermakna kadar positif kes kita ialah 7.2 peratus, lebih kurang 10 peratus," katanya.
Sebelum ini, pakar perubatan mendakwa Malaysia masih ketinggalan dalam ujian untuk COVID-19 walaupun terdapat peningkatan kes positif dua minggu lepas.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kadar kematian COVID-19 di Malaysia yang berada pada 1.6 peratus dianggap masih rendah jika dibandingkan kadar kematian global iaitu sekitar 4.5 peratus.
Dalam pada itu, beliau turut berkata isu kekurangan bekalan peralatan perlindungan diri (PPE) sudah diselesaikan namun KKM ketika ini menghadapi masalah untuk menghantar bekalan itu kepada pihak hospital dan klinik yang menggunakannya dalam merawat COVID-19.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya sedang menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin.
"Kami (KKM) berharap dalam minggu ini isu pengagihan akan dapat diselesaikan, kita mempunyai masing-masing lebih 50,000 penutup hidung dan mulut serta PPE yang disumbangkan dan juga setengah juta penutup hidung dan mulut dari China contohnya.
"Banyak sumbangan yang kita terima dan isu ketika ini adalah kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu logistik untuk menghantar peralatan itu ke Sabah dan Sarawak contohnya," katanya
Beliau mengulas soalan mengenai sama ada KKM menghadapi masalah pengagihan PPE kepada pihak hospital mahupun klinik kerana terdapat beberapa aduan daripada petugas barisan hadapan tidak memperoleh kelengkapan perubatan itu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 02 2020
Noor Hisham berkata KKM telah menerima beberapa permohonan untuk membawa masuk ubat itu. - Gambar fail
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Warga emas cari lokan disyaki dibaham buaya masih belum ditemui
Pasukan SAR bagi mencari Minu Kin, warga emas yang dipercayai dibaham buaya ketika mencari kolan di Sungai Rayu, Lundu pada Rabu lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk selepas tiga hari operasi dijalankan.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.