KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat dua lagi kes kematian akibat COVID-19 pada Rabu.

Menurut Ketua Pengarah, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah kematian dalam negara meningkat kepada 136 kes atau bersamaan dengan 1.21 peratus.

Dalam pada itu, kes baharu kembali mencatatkan dua digit selepas KKM mengesahkan 89 lagi kes baharu.

Ia selepas tiga hari Malaysia merekodkan lebih 100 kes.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara meningkat kepada 11,224 kes.

“Daripada kes yang direkodkan, 86 melibatkan kes tempatan dan tiga lagi ialah kes import.

“Sementara itu, sebanyak 28 kes disahkan pulih dan itu menjadikan jumlah kes pesakit sembuh meningkat kepada 9,967 kes," jelas Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan media. 

Tambahnya, sebanyak 16 kes yang sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana tiga kes memerlukan alat bantuan pernafasan.