Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengesahkan terdapat empat kluster penyebaran virus COVID-19 yang dikesan di Sarawak setakat Selasa.

Beliau berkata, kluster-kluster itu ialah Ijtimak Tabligh yang diimport dari Kuala Lumpur, kluster Sarikei, kluster gereja di Kuching dan satu lagi belum dikenal pasti dan dipercayai juga dari Kuching.

" Daripada kluster inilah, wabak ini merebak dengan cepat," katanya ketika ditemui Astro AWANI malam Selasa.

Menurutnya, pesakit kluster gereja, iaitu Pastor David Cheng, 60 tahun, telah meninggal dunia pada Selasa, namun kesnya dikesan selepas menghadiri resepsi perkahwinan di sebuah hotel terkenal di sini.

BACA: Abang Johari umum lima tindakan kawalan pergerakan di Sarawak

BACA: Mahasiswa Sarawak boleh tinggal di kampus, jika pulang wajib kuarantin di rumah

Seramai 193 kontak Pastor David telah dikenal pasti dan diarahkan untuk melakukan kuarantin di rumah.

Katanya, kluster di Sarikei pula tidak dapat dikenal pasti puncanya kerana mangsa, seorang ahli parlimen masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sibu dan dalam proses intubasi.

BACA: COVID-19: Bekalan makanan di Sarawak mencukupi, termasuk di luar bandar - Abang Jo

Satu lagi kluster iaitu di Kuching juga tidak diketahui puncanya, katanya lagi.

“Kami mengesyaki tidak ada satu pun kes ini yang berasal dari Sarawak, sebaliknya merupakan kes-kes diimport.

"Sehingga petang Selasa, Sarawak merekodkan 42 kes positif dengan satu kematian," ujar Sim.

Data Covid-19