COVID-19: Guru sekolah di Lahad Datu laksana inisiatif program disinfeksi

Qaisara Umaiyah
Mac 13, 2020 20:46 MYT
Program ini diadakan atas inisiatif sekolah berikutan perkembangan COVID-19 yang melibatkan penduduk daerah ini. - Astro AWANI
Sebanyak 24 buah kelas dibersihkan hasil kerjasama antara guru sesi pagi dan petang di Sekolah Kebangsaan Lahad Datu 2, dekat sini, pada Jumaat.
Guru Besar Cemerlang Mynah Riley berkata program nyahkuman ini adalah hasil inisiatif antara guru-guru tahun satu hingga enam.
"Sekolah ini mempunyai 24 buah bilik darjah yang dikongsi antara sesi pagi iaitu darjah empat hingga enam dan sesi petang iaitu darjah satu hingga tingga.
"Selain itu, terdapat empat bilik kelas pra sekolah juga turut dibersihkan," katanya.
Jelas Mynah, sekolah itu melaksana Program Disinfeksi Sekolah (PDS) sebagai pencegahan COVID-19.
"Program ini diadakan atas inisiatif sekolah berikutan perkembangan COVID-19 yang melibatkan penduduk daerah ini.
"Program ini akan dilaksanakan dalam dua fasa yang mana fasa pertama ialah nyahkuman kawasan kelas dan sekitar sekolah," katanya.
Tambahnya, murid-murid akan diberikan penerangan dan praktikal membasuh tangan dengan betul terutama selepas ke tandas, sebelum makan dan pada waktu rehat.
"Manakala, bagi fasa kedua pula dirancang dilakukan selepas cuti sekolah mengikut perkembangan semasa," katanya.
#COVID19 #guru sekolah #koronavirus #mynah riley #nyahkuman #Sekolah Kebangsaan Lahad Datu 2