KUALA LUMPUR:Malaysia menutup tahun 2020 dengan mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi hari ini, dengan 2,525 kes.

Daripada jumlah itu, 13 merupakan kes import.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya memaklumkan, kes keseluruhan kini berjumlah 113, 010, dengan kes aktif sebanyak 23,598.

"Sebanyak 304 kes atau 12 peratus daripada kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara.

"Selangor kembali mencatat kes tertinggi dengan 1,205 kes, diikuti Sabah dengan 299 kes dan Melaka dengan 239 kes," kenyataan itu menyebut.

Lapan kematian direkodkan hari ini, menjadikan kumulatif kematian sehingga kini kepada 471.

Lima kluster baharu dikesan hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Negeri Sembilan.


COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)