PUTRAJAYA:Mereka yang pulang dari Sabah dan diuji negatif bagi COVID-19, tidak bergejala serta tidak mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif, tidak diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang berkenaan dinasihatkan menjalani kawalan kendiri termasuk berada di rumah sehingga tamat tempoh 14 hari itu.
"Mereka juga dinasihatkan tampil ke Pusat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan untuk membuat ujian swab pada hari ke-13 bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada COVID-19," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata bagi individu pulang dari Sabah yang didapati positif akan dirawat di hospital manakala yang bergejala dan mempunyai kontak rapat dengan individu positif perlu menjalani kuarantin wajib di rumah selama 14 hari.
Mereka juga dipakaikan dengan gelang merah jambu, katanya.
Penjelasan itu sekali gus melegakan kebimbangan orang awam berikutan laporan media berhubung mereka yang pulang dari Sabah tidak perlu dikuarantin jika ujian swab mendapati mereka negatif.
BACA: Individu pulang dari Sabah wajib disaring, kuarantin di rumah, pakai gelang kuarantin - Dr Noor Hisham
Kerajaan mula mewajibkan individu yang pulang dari Sabah menjalani ujian saringan di KLIA dan klia2 sejak Ahad lepas berikutan peningkatan tinggi kes di beberapa daerah di negeri berkenaan.
Menjawab cadangan supaya mereka yang pulang dari Sabah dikuarantin di pusat kuarantin agar tidak mengulangi kes Kluster PUI Sivagangga, Dr Noor Hisham berkata tindakan itu hanya dilaksanakan terhadap individu yang pulang dari luar negara sahaja.
"Pelaksanaan peraturan kuarantin di rumah juga terpakai bagi penduduk negeri lain sebelum ini termasuk mereka dari Kedah yang mencatat kes tinggi kerana Kluster Sivagangga.
"Sebagai contoh penduduk dari Kota Setar, kita saring mereka dari zon merah tetapi kita tidak kuarantin (di pusat kuarantin) mereka, kita pastikan semua tindakan kita sama dengan negeri lain," katanya.
Sementara itu, bagi mereka yang mempunyai masalah untuk kuarantin di rumah dan ditolak oleh pengurusan mana-mana hotel, individu terlibat boleh menghubungi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk dipertimbang menjalani kuarantin di Institut Latihan Awam (ILA).
Mengulas mengenai permintaan Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) yang mahu kru kapal disaring dan dikuarantin ekoran ada penumpang yang baharu pulang dari Sabah mempunyai gejala, Dr Noor Hisham berkata kru kapal pesawat diuji secara berkala.
"Kita tidak saring setiap hari, tetapi kru kabin dinasihati sentiasa mematuhi SOP, memakai pelitup muka dan pelindung mata setiap masa ketika bertugas dalam penerbangan.
"Jika ada yang bergejala, mereka perlu jalani kuarantin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 29 2020
Kerajaan mula mewajibkan individu yang pulang dari Sabah menjalani ujian saringan di KLIA dan klia2 sejak Ahad lepas berikutan peningkatan tinggi kes di beberapa daerah di negeri berkenaan.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Gejala sakit perut, kapal persiaran bawa 3,000 penumpang dikuarantin
Lebih 2,000 penumpang dan 1,000 kru kapal terkandas di atas sebuah kapal persiaran di perairan Mauritius, kata syarikat Amerika Syarikat (AS), Norwegian Cruise Line pada Ahad.
Korea Selatan keluarkan amaran tahap tinggi penyakit FMD
Ia adalah kali pertama sejak Mac 2018 kerajaan menaikkan tahap amaran ke peringkat tertinggi.
542 burung dari luar negara dikuarantin di Pulau Pinang
Kesemua burung-burung tersebut dari Singapura, Republik Czech dan Papua New Guinea.
China tarik balik syarat kuarantin pelancong antarabangsa bermula 8 Januari
China akan menarik balik syarat kuarantin dikenakan terhadap pelancong antarabangsa bermula 8 Januari depan susulan protes rakyatnya terhadap dasar sifar-COVID.
COVID-19: 866 kes baharu, 10 kematian
Jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,763 kes.
COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah.
Kuarantin pelawat antarabangsa di hotel Hong Kong berakhir mulai Isnin
Penamatan kuarantin hotel itu berkuat kuasa pada Isnin, dua tahun selepas peraturan itu dilaksanakan bagi menangani jangkitan COVID-19.
COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.
Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan
Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekkan kepada 14 hari.
Korea Selatan mansuh kuarantin mandatori untuk semua ketibaan antarabangsa
Namun, pelancong antarabangsa masih perlu mengambil ujian virus PCR dalam tempoh tiga hari selepas memasuki Korea Selatan.