Kes baharu COVID-19 di negara ini kekal pada angka dua digit dengan 15 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut adalah tumpuan perkembangan semasa COVID-19, pada Isnin, 22 Jun 2020.


INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:


1. Sebanyak 15 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,587 kes.

2. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 289 kes.


3. Tiada kematian direkodkan.

4. 21 kes disaj dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,177 kes atau 95.2 peratus.

5. Dua kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.