KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaksanakan tatacara kemasukan baharu bagi setiap warga tempatan dan warga asing yang ingin memasuki negeri ini.
Tindakan itu diambil berdasarkan keadaan semasa penularan COVID-19 dalam negara, terutamanya peningkatan kes yang berlaku di Sabah.
Berikut prosedur terkini kemasukan ke Sarawak seperti yang diumumkan oleh Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media COVID-19 pada Khamis:
1. TATACARA KEMASUKAN KE SARAWAK DARI SABAH DAN LABUAN
a. Semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang berada di Sabah dan Labuan TIDAK DIBENARKAN masuk ke Sarawak mulai 4 Oktober 2020 sehingga 18 Oktober 2020 (14 hari).
b. Bagi sektor yang dikategorikan sebagai Perkhidmatan Penting (Essential Services) termasuk perkhidmatan penghantaran yang menggunakan jalan darat, mereka perlu mendapat surat khas daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian yang berkenaan (Miri atau Limbang) dan wajib mengambil ujian RT-PCR COVID- 19 sebelum memulakan tugasan. Ujian seterusnya wajib diambil pada setiap hari ke-14 sehingga arahan seterusnya.
c. Semua arahan terkini yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam
B. TATACARA KEMASUKAN KE NEGERI SARAWAK DARI SEMENANJUNG MALAYSIA (Mulai 4 Oktober 2020 sehingga 18 Oktober 2020)
a. Semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang ingin masuk ke Sarawak dari Semenanjung Malaysia perlu memohon kemasukan melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form. Mereka akan dikuarantin selama 14 hari dan ujian COVID-19 diambil pada hari ke-2 dan ke-10. Kos kuarantin dan ujian COVID-19 ditanggung sendiri.
C. ESSENTIAL SERVICE (BUKAN RAKYAT SARAWAK)
a. Bagi mereka yang dikategorikan dalam Essential Services dan perlu menjalani tugasan rasmi di Sarawak, mereka perlu memohon kemasukan melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form. Mereka juga wajib mengambil ujian RT-PCR COVID-19 tiga (3) hari sebelum penerbangan.
b. Rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia dibenarkan balik tetapi perlu, memohon melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form. Mereka akan dipasang wristband dan akan dikenakan kuarantin selama 14 hari dan; diambil ujian RT-PCR COVID-19 pada hari Ke-2.
c. Jika keputusan ujian adalah negatif, mereka dibenarkan balik ke rumah untuk menyambung baki kuarantin dan diberi Home Surveillance Order (HSO).
d. Mereka dikehendaki untuk ke Klinik Kesihatan yang terdekat untuk mengambil ujian RT-PCR COVID-19 pada hari Ke-10. Kos kuarantin dan ujian RT-PCR COVID-19 akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
D. ESSENTIAL SERVICE (RAKYAT SARAWAK)
a. Bagi Rakyat Sarawak mereka yang dikategorikan dalam Essential Services dan perlu menjalani tugasan rasmi di Semenanjung, mereka dibenarkan ke Semenanjung Malaysia dan perlu memohon kemasukan melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form.
b. Mereka juga wajib mendapat kelulusan daripada ketua jabatan masing-masing dan memuatnaik surat rasmi tersebut serta surat jemputan ke mesyuarat ke aplikasi EnterSarawak sebelum dibenarkan pulang tanpa kuarantin di pusat kuarantin.
c. Mereka akan di swab setiba di Sarawak dan dipasang wristband dan akan dikenakan kuarantin Home Surveillance Order (HSO) sehingga keputusan ujian tersebut negatif.
d. Bagi mereka yang mempunyai rT-PCR COVID-19 yang negatif (yang sah untuk 14 hari), mereka boleh memuat naik keputusan negatif tersebut ke dalam aplikasi EnterSarawak serta surat rasmi tersebut serta surat jemputan ke mesyuarat sebelum dibenarkan pulang tanpa kuarantin di pusat kuarantin.
e. Jelas Uggah lagi tatacara yang agak ketat ini dilakukan demi menjaga keselamatan rakyat sarawak dan mengurangkan penularan pandemik covid 19 di negeri ini.
Astro Awani
Thu Oct 01 2020
Uggah dalam sidang medianya hari ini mengumumkan prosedur baharu kemasukan ke Sarawak berkuatkuasa 4 Oktober 2020 - Foto: BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.